Julai 20, 2009

(Celebrity News) Kebangkitan Bunkface Menggondol Tiga Anugerah!!


Hebat sungguh penangan Bunkface terhadap industri hiburan tanah air. Dalam Anugerah Shout Award terbitan 8TV, Bunkface mengungguli tiga anugerah iaitu Rockstar Award, Break Out Award dan Ultimate Shout Award.

Shout Award merupakan anugerah yang diadakan untuk meraikan mereka yang terlibat dalam industri muzik, filem, TV dan radio. Rancangan yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV ini menyaksikan penganugerahan bagi mereka yang telah memberi revolusi baru dalam industri muzik tempatan.

Pastinya pemilihan Bunkface amat bertepatan dengan konsep yang cuba ditonjolkan 8TV. Muzik indie dan gaya bersahaja yang cuba disampaikan mereka berjaya menambat hati peminat untuk beralih kepada muzik yang selama ini hanya terkenal di kalangan peminat underground.

Apa-apa pun jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada Bunkface di atas kejayaan menggondol tiga anugerah yang pastinya amat bermakna kepada perjuangan muzik mereka.