Januari 24, 2012

Artis Hollywood Heidi Dan Seal Ingin Berpisah

Cinta Hitam Putih telah pudar kerana tidak ada persefahaman diantara mereka, inilah yang terjadi kepada pasangan Hollywood (Seal dan Heidi). Walaupun pasangan ini bukan rakyat Malaysia namun ia sudah cukup menggambarkan bertapa profesionalnya pasangan ini kerana ingin berpisah secara baik demi anak-anak.

Tak macam beberapa selebriti kat Malaysia ni, kecoh satu Malaysia..kalau boleh nak bagi tau satu dunia yang keluarga dia tengah "Berantakan"...Bak kata peminat Twitter...Perang Twitter la Bang...Layan Je..

Apa-apa pun berikut cerita mengenai pasangan Hollywood ni :

"Cinta kami sangat dalam dan kami saling hormat menghormati...saya tidak percaya seseorang itu secara tiba-tiba bolehmenghapuskan rasa sayang mereka dengan begitu sahaja," katanya.

Seal ditemui ketika ditemubual dalam program Tavis Smiley, yang bertanya mengenai berita perceraian mereka selepas membicarakan tentang pelancaran album Seal yang terbaru.

Tambah Seal; "Apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berada dalam situasi sepertinya ini ialah untuk terus kekal waras dan mengekalkan kehormatan diri kerana bukan saya seorang sahaja yang berhadapandengan masalah ini dalam dunia ini.

"Cuma malangnya ini telah tertulisuntuk menjadi sebahagian daripada kisah hidup anda..."

Pelbagai laporan media telah menyiarkan berita pada hujung minggu lalu mengenai keputusan Klum untuk memfailkan perceraian dengan Seal di Mahkamah Daerah Los Angeles .

Pasangan popular ini telah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga orang anak. Mereka terkenal sebagai pasangan yang kelihatan ideal dan sentiasa melafazkan rasa cinta secara terbuka.

Pasangan ini juga memelihara anak perempuan Klum hasil hubungannya dengan peneraju sirkit Formula Satu, Flavio Briatore.

Kedua-dua belah pihak mengakui sementara mereka masih saling cinta mencintai tetapi pada masa yang sama mereka semakin terpisah jauh akibat perbezaan yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun kata Seal, masa depan anak-anak mereka adalah lebih penting dan mereka akan mencari jalan untuk berpisah secara baik danmengelakkan pergaduhan.

Ketika ditanya apa akan berlaku jika perceraian mereka berakhir dalam keadaan yang tegang, Seal menjawab; "Kami bukannya pasangan yang tergolong dalam kategori tersebut, malah kami tidak pernah benar-benarbertekak atau bergaduh.

Kata Seal, walaupun ini adalah keadaan yang sangat sukar dalam hidupnya tetapi dia sentiasa berfikiran positif dan percaya jikasesuatu pasangan itu masih saling sayang menyayangi mereka akan cuba mengelakkan pergaduhan atau menyakiti hati masing-masing.

"Malah ini akan memudahkan proses perpisahan kami," ujarnya.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!