Mac 07, 2010

(HOllywood) Lady Gaga rela mati jika berpakaian biasa



Baru-baru ini, penyanyi popular Lady Gaga membuat satu komen pedas dengan berkata kebanyakan selebriti tidak memberi tumpuan untuk kelihatan glamor. Penyanyi Poker Face itu berkata, dia lebih rela mati dari dilihat berpakaian seperti orang biasa. Gaga memberitahu perkara ini ketika ditemubual di sebuah rancangan Friday Night With Jonathan Ross siaran BBC 1.
"Saya lebih rela mati dari biarkan peminat melihat saya tidak memakai kasut tinggi," kata Gaga kepada The Daily Star.
Jelasnya lagi, "Saya tidak akan melepaskan wig atau topi saya. Semua lagenda tidak akan buat begitu kerana ia akan menjahanamkan showbisnes."
Namun di sebalik keyakinannya berkata dia seorang superstar, penyanyi Bad Romance ini mengaku dia sebenarnya kesunyian.
"Saya sebenarnya tersisih dalam dunia selebriti ini. Saya tidak ada masa untuk menjalin hubungan dengan sesiapa sekalipun sebab saya tidak kenal sesiapa. Saya tidak ada rumah. Kehidupan saya banyak dihabiskan di atas jalan. Saya kesunyian, tak ada kawan, tak ada kekasih dan tak ada rumah."