Mac 07, 2010

(Cerita Artis) Lisdawati di rogol suami sendiri !!!?


Mula-mula Zoom fikir Fauzi suami lisdawati ni merogol bini sendiri, rupa-rupanya ia adalah gimik tajuk dalam akhbar online hari ini.

Menurut akhbar tersebut Lisdawati dirogol oleh Fauzi Nawawi dalam Filem Bravo5, yang memerlukan aksi Fauzi merogol Lisdawati.

Itulah ceritanya....Jangan marahhh tau....Tajuk je gempak...Apa-apa pun baca la serba sedikit mengenai filem yang bakal ditayangkan  di pawagam berdekatan anda.


Mengulas mengenai babak Nadia (Lisdawati), isteri kepada Leftenan Hassan (Fizz Fairuz) dirogol oleh ketua komunis, Sidek (Fauzi Nawawi), Lisdawati berkata, babak tersebut merupakan babak penting yang menguji kekuatan emosinya sebagai pelakon.

Dalam babak itu, Nadia dirogol oleh Sidek kerana ingin membalas dendam terhadap Leftenan Hassan.
"Saya masih tak dapat bayangkan tentang babak itu. Saya juga tidak tahu hendak komen atau kata apa-apa pun. Semuanya masih terlalu awal, kena tunggu sehingga penggambaran bermula.

"Saya dan Fauzi tidak berbincang apa-apa pun mengenai babak itu. Sebagai pelakon, saya tidak pernah ada masalah untuk melakonkan apa juga babak termasuklah babak dirogol. Cuma yang menariknya, babak rogol itu melibatkan saya dan suami. Itu sahaja," katanya.

Jelasnya lagi, walaupun peranan sebagai Nadia bukanlah sebagai watak utama, namun kekuatan skrip dan plot filem itu membuatkannya teruja.
Lisdawati yang hanya terlibat dalam lima atau enam babak sahaja adalah watak pembantu yang memaparkan emosi dan pengorbanan isteri kepada pejuang yang menentang musuh negara.

"Watak saya bukanlah watak utama sebab filem ini mengangkat watak-watak komando sebagai hero.
"Saya hanya terlibat dalam lima atau enam babak sahaja. Tapi saya teruja untuk terima watak itu kerana ia memberi impak pada penceritaan filem ini. Itu yang lebih penting.

"Lagipun, genre filem ini yang mengisahkan perjuangan tentera kita menentang komunis adalah sebuah filem yang menarik dan jarang dihasilkan dalam industri.

"Sebagai pelakon, mungkin pembabitan kecil saya dalam filem ini dapat memberi manfaat dan iktibar buat penonton kelak," ujarnya lagi.