Memaparkan catatan dengan label Artis Korea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Korea. Papar semua catatan

Julai 27, 2012

Panas: Skandal Seks Selebriti Wanita Korea

Sungguh mengejutkan berita yang sudah beberapa lama berada dilaman blog yang boleh dikatakan 'Kerana Ingin Terkenal Tubuh Tergadai"

Kali ini, gambar lucah beberapa pelakon wanita Korea telah bocor ke tangan awam & sedang tersebar di internet.


Sebanyak 37 keping gambar kesemuanya tersebar yang melibatkan selebriti A & B-list dari saluran 107G Korea.

Salah seorang yang terlibat dalam skandal seks kali ini adalah Jang Ja-Yeon (gambar) yang mati bunuh diri pada usia 26 tahun sekitar Mac 2009.

Jang Ja-Yeon sempat meninggalkan beberapa nota menyatakan beliau di’paksa mengadakan hubungan seks hampir ratusan kali dengan orang dalaman industri hiburan Korea untuk peluang muncul di kaca televisyen.

Menurut maklumat, hampir 60% aktress di Korea terpaksa menjalani ‘ujibakat khas’ ini dan aktiviti ini memang di’ketahui ramai dalam industri hiburan sana. 


via Diva Asia
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Julai 03, 2012

Gambar Lee Hyori Berbogel Lagi

Sekali lagi Lee Hyori penyanyi daripada Korea Selatan yang pernah menyertai kumpulan Fin KL, membuat kejutan kepada hadirin yang hadir semasa sesi fotografi baru-baru ini.

Aksi panas tersebut menjadi bualan hangat dilaman internet termasuk pembaca di Malaysia khasnya. Walaupun sudah mempunyai teman lelaki, Lee Hyori tidak menghalang untuk membuktikan dirinya masih seksi dan menjadi pujaan lelaki diluar sana.
Sedikit Sedutan daripada web murai:

Apa yang pasti, aksi panas ini dirakamkan dalam sesi fotografi sebuah majalah popular iaitu Hommes Official.
 
Sesi fotografi berkenaan dilaksanakan untuk Calvin Klein Jeans & Underwear.
Dalam gambar berkenaan, penyanyi yang lahir pada 10 Mei 1979 itu beraksi bersama model lelaki bernama Matthew Terry.
 
Walaupun ada sumber mengatakan itu adalah pertama kali Lee Hyori bergandingan bersama Matthew, namun model lelaki yang sudah masak dengan dunia fesyen ini mengakui Lee Hyori sangat profesional.
Malah, Matthew merasakan sepanjang sesi fotografi berkenaan, banyak chemistry sehingga sesi fotografi berkenaan mudah dijalankan.

Jun 19, 2012

Artis Korea : Jung Ah Yul,Pelakon Korea Bunuh Diri Kerana Tekanan

Laman web Allkpop melaporkan pada 14 Jun bahawa Jung Ah-yul telah membunuh diri dan mayat ditemui di rumahnya. Walaupun dia dikejarkan ke hospital, dia tidak dapat diselamatkan.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa beberapa sumber yang rapat dengan Jung Ah-yul berkata bahawa dia mengalami tekanan perasaan yang mungkin telah menyebabkan dia bertindak membunuh diri.
Peminat-peminat artis yang berusia 25 tahun ini mula merasa ragu apabila pada 11 Jun, sehari sebelum kematiannya, Jung Ah-yul mengeluarkan status di Facebook yang menyatakan bahawa,”Tiada apa pun yang boleh memujukku”.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Februari 03, 2012

Payudara Hwayoung Terkeluar Semasa Buat Persembahan



KUMPULAN T-ara yang dianggotai Hwayoung telah memenangi anugerah buat kali ketiga dalam program Inkigayo, namun pada episod ke-29 program itu baru-baru ini satu kesilapan besar telah berlaku.

Ketika melakukan persembahan secara langsung dengan mendendangkan lagu Lovey Dovey di pentas, Hwayoung secara tidak sengaja telah mendedahkan payudaranya ketika membuat tarian solonya.

Namun para peminatmenyalahkan pereka kostum Hwayoung kerana perkara itu terjadi disebabkan kesilapan kostum itu.

Bagaimanapun, agensi kumpulan T-ara, Core Contents Media belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Januari 29, 2012

Artis Korea : Twitter Han Chae Young Di Kritik Peminat

KES komen dan status yang tidak sepatutnya dikongsikan kepada umum di laman Twitter semakin menjadi-jadi dalam kalangan artis di seluruh dunia.

Kes terkini melibatkan seorang pelakon Korea Selatan, Han Chae Young yang menghantar satu ucapan Tahun Baru Cina kepada peminatnya. Status itu kemudian terpaksa dipadamkan selepas dikecam peminatnya.

Kandungan Twitter itu berbunyi: "Selamat Tahun Baharu! Saya sedang memandu buat pertama kalinya ketika cuti hujung minggu. Saya berdoa agar setiap orang dirahmati dalam apa jua yang dilakukan pada tahun ini. Selalu ingat untuk menjadi lebih gembira dan sihat."

Sepintas lalu, status tersebut tidak sedikit pun mengundang masalah atau menimbulkan kemarahan bahkan ramai yang menyambut baik ucapan itu.

Malangnya, sekeping gambar yang dimuat naik bersama status tersebut telah mengundang kontroversi dan kritikan.

Bersama 'tweet' tersebut, pelakon filem Soul Mates itu memuat naik gambar yang memaparkan dia sedang memandu sebuah kereta mewah yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini.

Mei 01, 2011

Twitter Jang Wooyoung atasi Putera William dan Kate Middleton

ZOoM baru pertama kali mendengar dan membaca kisah artis muda daripada korea ni, dan untuk makluman anda artis bernama Jang Wooyoung ini menganggotai kumpulan 2PM yang popular di Korea.Memang menakjubkan apabila jejaka ini mengatasi twiter putera william dan Kate sebab seperti yang anda semua tahu berbilion manusia di bumi ini yang menyaksikannya di kaca tv dan secara langsung.

Walaupun umur baru berusia 23 tahun pada 2011 masih ramai yang ingin melawan takdir dengan berharap usia artis ini tidak akan dimamah usia.

Nak kekal muda senang je buat amal banyak-banyak dan sentiasa mengingatinya, insyallah kalau ada rezeki dan hidayah darinya kita akan kekal muda di alam yang satu lagi.


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

April 19, 2011

Jung Ji-hoon or Rain From Korea !!

Hendsome !!? Kacak dan bergaya artis daripada Korea ini, mungkin ramai yang tidak mengenali beliau kecualilah kaki drama dan filem Koreans. Untuk pengetahuan peminat Rain pelakon ini akan melakonkan watak sebagai juruterbang dalam filem terbarunya Red Mufler yang dibuat kali kedua.

Filem ini pernah diterbitkan pada tahun 1964 yang mengisahkan persahabatan juruterbang pesawat tempur.

Nak tau lebih lanjut tunggu !!!!!...

 
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Jun 10, 2010

Artis Korea, Wonder Girls Nak Datang Malaysia

Berita baik untuk peminat kumpulan wanita paling terhangat di Korea Selatan, Wonder Girls khabarnya bakal turun ke Malaysia untuk membuat konsert. Detailsnya masih tak dapat dikenalpasti tapi ini merupakan satu berita baik untuk kipas susah mati Wonder Girls.

Anda tak kenal Wonder Girls? Ala, diorang yang nyanyi lagu Nobody tue. Yang lirik dia lebih kurang gini bunyinya:-

“I want nobody, nobody but you. I want nobody nobody but you”.

Zoom: MInat juga lagu Nobody..nobody ni...!!! 

Julai 30, 2009

(Celebrity News) Korean Actress Taeyeon H1N1 !!!


SALAH seorang anggota kumpulan pop wanita terkenal Korea Selatan, Girls Generation, Taeyeon, tiba-tiba membuat peminatnya tidak sedang duduk apabila dia dimasukkan ke hospital selepas membuat persembahan dalam program SBS Inkigayo pada 26 Julai lalu.

Zoom Comment: Virus ini menakutkan Betul la..mana2 negara semua dah ada yang dijangkiti Virus ini..Negara kita turut tidak terlepas dari tempias Wabak H1N1 ni..Zoom Pun dah gi Cek Gi Subang Jaya Medical Center Last week..Alhamdulillah tak ada apa..Kalau rasa2 Demam,sakit tekak,lenguh badan cepat2 la gi cek..Khimat Nasihat Dari Zoom Admin :)

Jun 04, 2009

(Artis Korea) Ratu Iklan Korea....


AKTRES Yoon Eun Hye selepas terkenal dengan beberapa drama popular seperti Coffee Prince dan Princess Hour, dia kini boleh diibaratkan sebagai ratu iklan baru dalam dunia hiburan Korea.

Ini kerana sejak popularitinya meningkat naik, Eun Hye telah ditawarkan untuk terlibat dalam banyak iklan bersama beberapa jenama produk terkenal.

Dia yang khabarnya sedang dalam penggambaran drama terbaru Lady Castle, juga sedang sibuk melakukan penggambaran iklan untuk peti sejuk jenama terkenal.

"Walaupun kerjaya seni agak perlahan tetapi tawaran iklan tidak pernah surut. Kiranya saya bertuah, dalam masa ekonomi yang tidak berapa elok, saya masih boleh mencari pendapatan sampingan," ulasnya.

Selain meraih perhatian banyak pengeluar produk, dia juga meraih perhatian peminatnya bukan kerana kerjaya tetapi kerana wajahnya yang bertambah jelita berbanding dulu.

"Bila sudah lama berada dalam industri seni, saya lebih bijak dalam bergaya dan tahu apa yang penting untuk kulit wajah kekal cantik dan sihat," tuturnya.

Mei 21, 2009

Celebrities News : Joo Ji-hoon didakwa kes dadah


Aktor dan model terkenal Korea, Joo Ji-hoon mengejutkan banyak pihak apabila didakwa atas tuduhan salah guna dadah jenis ekstasi dan ketamin, bulan lepas. Dia kemudiannya digugurkan daripada kontrak membintangi sebuah drama Jepun bertajuk Tokyo Tower. Dia juga secara rasminya diharamkan terlibat dalam rancangan oleh stesen TV popular, KBS, untuk satu tempoh yang tidak dikenal pasti. Pada 19 Mei lalu, dia didakwa di Mahkamah Seoul.

Dalam penghakiman berkenaan, Joo Jo-hoon didakwa atas dua pertuduhan penyalahgunaan dadah berkenaan dalam dua kes berbeza. Dia bagaimanapun tidak dijatuhkan hukuman penjara.

Celebrities News : Jadi Paris Hilton Korea


Bintang jelita Korea, Yoon Eun Hye akan kembali menyinari dunia pembikinan drama Korea apabila setuju menerima tawaran terbaru untuk berlakon menerusi drama bersiri, Lady Castle. Dia kini dikatakan sedang mempersiapkan diri untuk tampil dengan satu karakter yang penuh menawan dan glamor.

Lady Castle mengisahkan seorang wanita yang hidup sebagai seorang puteri raja yang tidak perlu memikirkan sebarang kesulitan hidup mahupun sebarang ancaman. Sebagai pelengkap dan penambah elemen dramatik, drama itu juga memperlihatkan peranan seorang lelaki yang bertindak

sebagai pengurus bagi mengendalikan soal harta yang tersimpan di sebalik rumah agam milik seorang wanita.



Yoon Eun Hye selama ini banyak melakonkan watak-watak manis yang hampir klise seperti yang ditonjolkan menerusi Goong dan Coffee Prince. Kali ini, dia menjanjikan satu kelainan.

"Kami mahu Yoon Eun Hye dilihat dalam satu karakter yang berlainan. Dia akan kelihatan seperti Paris Hilton versi Korea. Dalam drama berkenaan, penonton akan menyaksikan perkembangan karakter Yoon Eun Hye sejak dari zaman remaja hinggalah menjejaki usia 30 tahun. Satu daripada tumpuan watak Yoon adalah penampilan fesyen pakaiannya," jelas jurucakap produksi drama Lady Castle kepada media Korea.

Drama Lady Castle dikategorikan sebagai komedi romantik dan sehingga kini masih dalam proses pra-produksi.

Mei 10, 2009

korean Celebrity : Ji-hoon suka-suka ambil dadah


Tindakan pelakon dan model terkenal Korea, Joo Ji-hoon mengambil dadah begitu mengejutkan rakyat negara itu. Ramai warga Korea tertanya-tanya mengapa Ji Hoon beralih kepada dadah yang telah menghancurkan kariernya.

Pengkritik Ji Hoon mengatakan bahawa selebriti itu menggunakan dadah untuk suka-suka dan berfoya-foya, bukannya kerana tekanan kerja ataupun gangguan mental.

Ji-hoon mula dikenali ramai melalui drama televisyen, Goong dan popularitinya turut melangkau sempadan sehingga ke negara jirannya, Jepun.