Memaparkan catatan dengan label H1N1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label H1N1. Papar semua catatan

Jun 10, 2010

Anak Nadia Mustafa Di Jangkiti H1N1

Sebelum ini Nadia Mustafa dan ahli keluarga dikuarantin gara-gara kedua-dua anaknya Mia Qaisara, 2 dan Qalif Izham, 1 di sahkan positif H1N1.Nadia bersama suaminya, mohd Hazil Izham sebelum ini di tahan di sebuah hospital swasta di Cheras, Kuala Lumpur untuk menjaga kedua-dua anaknya.


Kesian juga erk, nasib baik la keadaan mereka sekeluarga sekarang ini dalam keadaan stabil, Alhamdulillah.Sama-samalah kita berdoa semoga keluarga ini sihat walafiat.

Ogos 02, 2009

(Celebrity News) Zainal Alam dah bebas H1N1


PENGACARA popular di Astro, Zainal Alam Kadir yang dipanggil Alam mengaku kepada Niezam dia terkena jangkitan penyakit influenza A (H1N1) . Kisahnya pada 1 Julai lalu dia bercuti ke Singapura selepas selesai melaksanakan satu program di Danga Bay, Johor Bahru.

Balik dari Singapura itu dia rasa badannya kurang sihat dan terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta. Bagaimanapun selepas rawatan itu, pihak hospital berkenaan meminta Alam untuk merujuk kesnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit itu.

Zoom Comment: Zainal Alam dah sihat dah..boleh jemput :P Sesiapa yang nak panggil Alam jadi pengacara majlis-majlis tertentu, boleh hubungi telefaksnya di talian 03-91717444. Bayaran boleh “kautim”.

Julai 30, 2009

(Celebrity News) Korean Actress Taeyeon H1N1 !!!


SALAH seorang anggota kumpulan pop wanita terkenal Korea Selatan, Girls Generation, Taeyeon, tiba-tiba membuat peminatnya tidak sedang duduk apabila dia dimasukkan ke hospital selepas membuat persembahan dalam program SBS Inkigayo pada 26 Julai lalu.

Zoom Comment: Virus ini menakutkan Betul la..mana2 negara semua dah ada yang dijangkiti Virus ini..Negara kita turut tidak terlepas dari tempias Wabak H1N1 ni..Zoom Pun dah gi Cek Gi Subang Jaya Medical Center Last week..Alhamdulillah tak ada apa..Kalau rasa2 Demam,sakit tekak,lenguh badan cepat2 la gi cek..Khimat Nasihat Dari Zoom Admin :)