Mei 10, 2009

korean Celebrity : Ji-hoon suka-suka ambil dadah


Tindakan pelakon dan model terkenal Korea, Joo Ji-hoon mengambil dadah begitu mengejutkan rakyat negara itu. Ramai warga Korea tertanya-tanya mengapa Ji Hoon beralih kepada dadah yang telah menghancurkan kariernya.

Pengkritik Ji Hoon mengatakan bahawa selebriti itu menggunakan dadah untuk suka-suka dan berfoya-foya, bukannya kerana tekanan kerja ataupun gangguan mental.

Ji-hoon mula dikenali ramai melalui drama televisyen, Goong dan popularitinya turut melangkau sempadan sehingga ke negara jirannya, Jepun.