Mei 21, 2009
Celebrities News : Jadi Paris Hilton Korea
Bintang jelita Korea, Yoon Eun Hye akan kembali menyinari dunia pembikinan drama Korea apabila setuju menerima tawaran terbaru untuk berlakon menerusi drama bersiri, Lady Castle. Dia kini dikatakan sedang mempersiapkan diri untuk tampil dengan satu karakter yang penuh menawan dan glamor.
Lady Castle mengisahkan seorang wanita yang hidup sebagai seorang puteri raja yang tidak perlu memikirkan sebarang kesulitan hidup mahupun sebarang ancaman. Sebagai pelengkap dan penambah elemen dramatik, drama itu juga memperlihatkan peranan seorang lelaki yang bertindak
sebagai pengurus bagi mengendalikan soal harta yang tersimpan di sebalik rumah agam milik seorang wanita.
Yoon Eun Hye selama ini banyak melakonkan watak-watak manis yang hampir klise seperti yang ditonjolkan menerusi Goong dan Coffee Prince. Kali ini, dia menjanjikan satu kelainan.
"Kami mahu Yoon Eun Hye dilihat dalam satu karakter yang berlainan. Dia akan kelihatan seperti Paris Hilton versi Korea. Dalam drama berkenaan, penonton akan menyaksikan perkembangan karakter Yoon Eun Hye sejak dari zaman remaja hinggalah menjejaki usia 30 tahun. Satu daripada tumpuan watak Yoon adalah penampilan fesyen pakaiannya," jelas jurucakap produksi drama Lady Castle kepada media Korea.
Drama Lady Castle dikategorikan sebagai komedi romantik dan sehingga kini masih dalam proses pra-produksi.