Mac 10, 2010

Filem 2 Alam terbaik selepas 40 tahun !!?


Pelik tapi benar, itu la kata-kata dari pengasas yang terkenal dengan produk Dietnya, dan sekarang ingin mencuba pula industri hiburan di Malaysia dengan melahirkan Filem 2 alam yang akan ditayangkan.Ikut luahan Dr Rozmey mengenai Filem terbarunya.


“Perjalanan cerita ini sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat.Garapannya menarik dan hasil sentuhan krew produksi mampu mengangkat filem ini sebagai filem terbaik selepas 40 tahun,” kata Dr Rozmey penuh yakin.

Siri jelajah dalam bentuk roadshow bagi promosi besar-besar bagi filem 2 Alam sedang dirancang dengan terperinci. Tujuan ialah untuk mendekati masyarakat agar memberi sokongan kepada filem ini.

Antaranya ialah, Dr Rozmey akan terlibat menjayakan Konsert Mega Ramli Sarip di Johor Bahru pada bulan Mei ini. Kebetulan pula, konsert berkenaan turut menyelitkan lagu tema daripada filem 2 Alam.
Filem 2 Alam yang bakal ditayangkan pada 8 Mei ini akan memaparkan kisah 7 dosa yang telah dilakukan oleh Amy, lakonan Suhaillah Salam.

Kata Dr Rozmey lagi, 2 Alam turut menerapkan kisah mengenai wanita yang bergelar ibu. Kasih sayang seorang ibu dikatakan sungguh bernilai sekali. "Wanita bagi doktor sungguh istimewa. Kalau tak ada wanita, mana mungkin lahirnya doktor.

"Filem ini mengajak penonton untuk mengambil iktibar dan pengajaran yang dipaparkan iaitu nilai murni seorang ibu yang memelihara anak sejak dari kandungan untuk menjadi anak yang berguna," kata penerbit yang berhemah ini. Filem 2 Alam menampilkan Rosnah Johari yang melakonkan watak ibu kepada Amy yang dikatakan terkilan dengan perbuatan anaknya sehingga menghadapi kesukaran untuk meninggal dunia. Filem 2 Alam akan mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mei.