Julai 05, 2009
(Celebrity News) Gadis "Fahrin Ahmad"?
LANGKAH Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 26, atau mesra disapa Scha dalam dunia hiburan semakin laju. Mula dikenali menerusi watak Dania dalam drama bersiri Awan Dania, dia yang petah berbicara kini mendaki kariernya sebagai pengacara dan pelakon serentak.
Memberitahu Julai ini jadual kerjanya masih padat, kata ‘gadis Fahrin Ahmad’ ini, dia sibuk menjalani penggambaran filem Libas arahan Jurey Latif, bertarung karakter dengan Rosyam Nor.
Dalam masa yang sama, dia sibuk mempromosi saluran Mustika milik Astro yang baru memulakan pakej terbaru mereka.
Ditanya tentang pengundurannya daripada mengendalikan program Sehati Sejiwa terbitan RTM, kata Scha ia bukan kerana perselisihan faham.
“Tapi selepas dua musim, saya yang minta undur diri kerana tidak mahu membebankan mereka dengan komitmen saya,” kata Scha.