Jun 30, 2009
(Gossip) Yasmin Hani impikan perkahwinan, tapi......
PELAKON dan pengacara jelita ini memang telah menyimpan hasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini. Apatah lagi dengan usianya yang sudah menjengah angka 30, dia merasakan umur itu sudah sesuai untuk dirinya mendirikan rumahtangga.
Namun, apa yang diharapnya tidak kesampaian. Jodoh antara pemilik nama Yasmin Hani dan kekasihnya yang telah dikenali lebih dua tahun itu nampaknya tidak cukup kuat.
Meskipun hatinya kuat mendambakan sebuah ikatan suci, namun Hani terpaksa akur dengan keadaan hubungan mereka yang sebenarnya tidak mampu diselamatkan lagi untuk terus bergelar pasangan kekasih.
Menganggap apa yang berlaku itu sudah ketentuan daripada Allah, selebriti berusia 30 tahun itu kini lebih selesa untuk tidak terlalu memikirkan tentang perkahwinan.
Bukannya serik, namun kata Hani, apa yang berlaku itu banyak mengajar dirinya untuk tidak terlalu terburu-buru ke arah itu.
"Sudah dua bulan sebenarnya kami berpisah. Memang saya amat kecewa pada awalnya, tetapi kerana saya telah banyak lalui perkara seperti ini, jadi saya tidak mahu terlalu ikut perasaan sangat.
"Memanglah saya pernah pasang impian untuk berkahwin tahun ini, tapi nampaknya tiada jodoh. Ada sesuatu yang berlaku antara kami dan akhirnya kami terpaksa ambil keputusan untuk berpisah.
"Apapun, saya dan dia masih lagi berkawan baik. Kami saling menasihati antara satu sama lain dalam banyak perkara...mungkin kerana kami terlalu kenal diri masing-masing.
"Tetapi saya tidak nafikan, memang saya sentiasa berfikir tentang perkahwinan. Namun begitu, biarlah masa yang tentukan. Jika ada jodoh, adalah," kata Hani yang ditemui pada majlis pra-pelancaran kad keahlian Celeb Nexus, semalam.
Ujar selebriti yang cukup popular dengan program Muzik@Ria ini, ibunya juga sebelum ini amat mengharapkan dia dapat mendirikan rumahtangga secepat mungkin.
Zoom Comment :Kesian Dengar Citer Artis kita sorang nie,Pelamin tidak kesampaian..
Angan-anganku musnah :P heheheheheehehe gurau jer :P Tak per cuba lagi Pertengah Tahun ni :P mana tau ada jejaka-jejaka tampan kat luar tue nak. Kalau tak AMik jer Zoom Jadi Calon Suami hahahhahahahahahahha kan senang. Bak kata SY ( Salleh Yakoob) I Ni bujang Tiga hahahahahahahaha..