Jun 30, 2009


AZEAN Irdawaty bersama anaknya, Elza Irdalynna yang juga merupakan penerbit The Things We Have Lost.

KATA orang, 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'. Itu mungkin peribahasa yang boleh menggambarkan tentang perjuangan Azean Irdawaty bersama anaknya, Elza Irdalynna dalam dunia lakonan tanah air.

Meskipun menderita barah payu dara dan hanya bergerak dengan kerusi roda, tetapi ia tidak menghalang Azean untuk memberi sokongan serta tunjuk ajar kepada anaknya itu dalam bidang lakonan.

Elza, 22, merupakan anak seniwati itu yang paling cenderung mengikuti jejak langkahnya dalam bidang lakonan termasuklah filem dan pementasan teater sejak kebelakangan ini.

Azean selaku penaung syarikat produksi Elektric Minds Project (EMP) misalnya, tidak putus-putus memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada Elza selaku pelakon teater The Things We Have Lost terbitan syarikat tersebut.

Kata bekas penyanyi popular tahun 1970-an ini, Elza telah menunjukkan minat serta komitmen yang tinggi bersama EMP bagi menggilap bakat lakonannya selain memeriahkan lagi dunia pementasan teater tempatan.

Zoom Comment : Alhamdulillah, ada juga pewaris Akak Azean Dalam Dunia seni Tanah air..Insyallah Berkat usaha Elza akan membuahkan hasil dengan tunjuk ajar akak,Kami Warga Zoom Mendoakan Akak Azean Tabah Menghadapi dugaannya