September 27, 2009
(Gossip) Intan Ladyana: Kamal tidak romantik! !!
GOSIP percintaan antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli mungkin telah diketahui umum, namun sehingga kini kedua-duanya masih gemar menyembunyikan tentang status sebenar hubungan antara mereka.
seperti biasa, Intan lebih selesa mengatakan dia dan Kamal masih lagi di dalam proses mengenali antara satu sama lain.
"Kami masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain di mana saya memilih untuk lebih mengenali dia terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang lebih jauh.
"Buat masa ini, dia (Kamal) baik sahaja, senang untuk berkomunikasi dengan dia kerana masing-masing terlibat dalam bidang yang sama dan dia memahami saya.
"Apa yang boleh saya katakan di sini kedua-dua kami masih lagi dalam peringkat untuk mengenali hati budi masing-masing," kata Intan.
Intan dan Kamal menjadi rapat setelah masing-masing berlakon di dalam drama bersiri Bio-Nik keluaran KRU Studios dan sejak beberapa bulan lalu mereka mula mengenali hati budi masing-masing.
"Kamal seorang yang gila-gila, tetapi dia tidak romantik dan saya tidak menghadapi sebarang masalah ketika bersama dia.
"Tetapi saya tidak meletakkan sebarang had waktu untuk kami terus mengenali kerana setiap hari ada perubahan yang berlaku dan kita belum tentu tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan," jelasnya.
Intan juga mengatakan dia kini semakin berhati-hati dalam setiap apa yang dilakukannya kerana tidak mahu menghadapi sebarang masalah yang akan menganggunya dan dia juga tidak mahu memberi komen lebih tentang hubungannya dengan Kamal Adli.
"Sekarang saya lebih berhati-hati dalam setiap apa yang saya lakukan, saya berhati-hati dalam berkata-kata, perbuatan, hubugan cinta dan pelbagai lagi.
"Mengenai hubungan saya dan Kamal, saya tidak berani untuk komen lebih, kerana saya tidak target apa-apa... kalau ada jodoh kami, ada... kalau tidak ada, jadi tidak adalah jodoh kami.
"Tetapi sekarang ini, alhamdulillah saya gembira berkawan dengan Kamal," kata pelakon jelita ini menutup persoalan yang diajukan.
Zoom Komen: Tak Romantik !!!! Tak Lama lagi romantik la tue..Biasalah Kumbang ni pemalu sedikit..Kalau dah dapat baru tentu semakin rajin la si kumbang yang tengah mekar ini.. Apa Komen U alls ?
Labels:
Artis Malaysia,
cewek mantap,
gossip,
Intan Ladyana,
Pelakon Malaysia