
setelah Intan Ladyana berpisah dengan Kevin Zahri muncul pula gosip panas yang mengatakan Intan Ladyana tengah hangat bercinta dengan Kamal Adli. kesahihan gosip tersebuat masih lagi menjadi tanda tanya.
Kita dengar apa kata Intan Ladyana mengenai gosip tersebut!.
“Gosip dengan Kamal...sebagai artis memang tipu lah kalau artis itu tidak dilanda gosip kerana ikutkan gosip di Hollywood lagi teruk.
“Bagi saya, biasa saja apabila digosipkan dengannya kerana saya dan dia memang rapat tetapi tak berani nak kata yang kami sedang bercinta.
“Bukan apa, saya takut tak jadi. Kalau saya boleh rahsiakan, saya akan rahsiakan dulu kerana tak nak malu nanti..,”
Selain itu Intan Ladyana juga mengaku yang beliau telahpun mempunyai penganti Kevin Zahri, Intan dengan penuh ceria berkata dia masih mempunyai waktu untuk menghabiskan masa dengan keluarga dan ‘tetttt’ sambil menekan jari telunjuk di meja seolah-olah menekan butang.
Ditanya apakah maksudnya itu, adakah ‘si dia’? Dia hanya menjawab, “Kalau ‘tettt’ tu sudah tentu la..”
Wah! nampaknya Intan Ladyana sudahpun mempunyai teman lelaki baru, tapi siapakah jejaka yang bertuah itu? ianya masih lagi menjadi tanda tanya, kira tunggu je la...