KUALA LUMPUR: Rumah tangga pasangan selebriti muda, Siti Nordiana Alias, 25, atau mesra dengan panggilan Nana dan Mohd Faizal Yusup, 31, kini dilaporkan retak menanti belah apabila Nana dikatakan sudah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai suaminya, baru-baru ini.
Tindakan itu dipercayai diambil Nana selepas suaminya dikatakan melafazkan perkataan yang membuatkannya curiga dengan statusnya sebagai isteri.
Ketika dihubungi, Nana tidak mengia atau menafikan dakwaan itu, bagaimanapun mengakui sejak sebulan lalu rumah tangga mereka menghadapi masalah.
“Saya bukan hendak sorok kerana lambat-laun cerita ini pasti orang tahu. Cuma saya rasa sekarang bukan masa sesuai untuk saya membuat komen berikutan kes (prosiding mahkamah) belum berjalan".
Ini Petikan Dari Metro Hari ini,Memang sah la suami isteri yang dulunya bahagia membina bahtera berdua namun akhirnya karam bersama.Apa dah jadi tanpa ribut tanpa taufan kedua2 artis tanah air kita ni dilanda ribut taufan sehingga terjadinya penceraiaannn..Bagaimanakah nasib anak artis ni ? sama-samalah kita tunggu keputusan mahkamah.Apa pun zoom harap nana dan suami fikir la balik demi anak2.Boleh rujuk lagie sebab baru talak satu...