Maklum sajalah saham tengah naik dan tawaran daripada pengarah dan penerbit melimpah ruah, namun bagi ZoOm keputusan yang Kamal Adli ambil untuk mencari bekalan sebelum menempuh alam perkahwinan adalah yang terbaik dan betul.
Sebelum menempuh alam perkahwinan kita perlu bersiap sedia dari segi mental dan zahir selain daripada bekalan yang mesti ada yakni duit untuk kemudian hari.
Bagi anda yang sudah mendirikan rumahtangga sudah pasti akan bersetuju dengan pandangan dan pendapat ZoOm ini. Setiap bulan bagi yang telah berkeluarga perlu merancang dan mencari duit bagi memastikan semua keperluan dapat dipenuhi apatah lah jika sudah mempunyai anak.
Dan berikut "Statement" Kamal mengenai cerita dia dan kekasihnya :
“Saya memang nak kahwin tetapi buat masa ini saya tak fikirkan sangat perkara itu. Bukan apa, saya mahu berikan tumpuan terhadap kerjaya seni saya yang sedang meningkat naik pada tahun ini,” katanya kepada mStar Online.
“Syukurlah kami berdua masing-masing memahami tanggungjawab dan keperluam. Jadi, soal berumah tangga ini bukanlah satu masalah buat kami berdua,” katanya yang bakal muncul menerusi filem arahan Farid Kamil, Pertiga tidak lama lagi.ZoOM : APa pula Kata anda ?