Januari 20, 2012

Sham Kamikaze Di Fitnah Kahwin Dua

Sham Dan Isteri 
Kesian dekat Sham Kamikaze ni, mana tidaknya orang dah tidak berkecimpung dalam dunia hiburan pun masih difitnah dan digossipkan dengan cerita kurang enak didengar. Terutamanya yang melibatkan keluarga beliau, berita terbaru yang ZoOM baca mengenai khabar angin yang mengatakan beliau telah berkahwin dua.




Di Awal Perkahwinan
Sebagai wanita apakah perasaan anda apabila mendengar khabar angin sedemikian rupa, sudah tentu perut untuk mendengar apatah lagi yang mengalaminya.



“Apabila saya mendapat tahu tentang cerita ini (berkahwin dua), saya berasa sangat sedih dan terkilan. Kalau dulu, sebelum saya ‘berhijrah’, saya fahamlah gosip begini adalah lumrah dunia artis.

“Namun, mengapa saya yang tidak lagi berkepentingan dalam dunia hiburan ini masih lagi menjadi sasaran gosip dan fitnah?” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Sham berkata apa yang membimbangkan adalah persepsi masyarakat terhadap dirinya yang baru terbabit dalam bidang dakwah hampir setahun yang lalu.

“Saya bimbang apabila memikirkan pandangan dan reaksi masyarakat apabila cerita ini tersebar. Tidakkah orang yang menyebarkan cerita itu tahu menyebarkan fitnah adalah dosa besar?

“Bagaimana jika masyarakat menganggap saya menggunakan platform dakwah itu untuk kepentingan peribadi?” katanya.

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Farazila Abdul Jabar apabila khabar angin itu mula tersebar, Sham berkata dia bersyukur kerana isterinya menerima berita tersebut dengan tenang dan rasional.

“Syukurlah isteri saya bukan jenis yang mudah melatah atau melenting. Namun, dia ada bertanyakan kesahihan dakwaan itu.

“Fitnah ini bukan sahaja menjejaskan reputasi saya, malah yang paling penting apakah perasaan isteri dan keluarga mertua saya apabila cerita saya bernikah secara sembunyi ini dicanangkan walhal ia tidak berlaku,” katanya.

Sham yang juga bekas pemain gitar kumpulan rock Kamikaze kini bergerak aktif sebagai pendakwah bebas dengan memenuhi pelbagai jemputan ceramah di seluruh negara.

“Saya bukan sahaja menyampaikan ceramah dan ilmu agama secara lisan tetapi apabila ada permintaan, saya juga akan bermain gitar mengiringi lagu-lagu berunsur kerohanian.

“Alhamdulillah, saya berasa bahagia dengan kehidupan kini dan tidak pernah sekali pun berasa menyesal dengan kehidupan lampau,”
katanya yang merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada Mei depan.

ZoOM : Bersabarlah kerana sesungguhnya ia adalah dugaan yang perlu kita tempuh dalam meneruskan amanatnya dimuka bumi ini.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!