Januari 29, 2011

Artis Malaysia Mangsa Minyak Dagu Jejaka Warga Kemboja !?

Kesian dan kenapalah jantan-jantan diluar sana suka benda-benda syirik ni, kerana nafsu semata-mata ada orang yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk kepuasan sendiri. Berita terbaru di surat khabar Metro mengatakan seorang artis sanggup meninggalkan suami dan anak serta keluarga kerana penangan seorang jejaka yang berasal daripada kemboja. Tak tahu pula jika artis yang pernah mengalami kisah gelap ini sudah berkahwin dengan jejaka kemboja tersebut atau tak.Kesian juga ZoOm baca cerita artis ni, nak tau lebih lanjut ZoOm ada sertakan berita daripada akhbar mengenai artis ini




KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakonwanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkansuami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seoranglelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamiltiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadihamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turutdiserahkan kepada lelaki berkenaan.


Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahudikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wadpsikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkandia mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorangpenghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atasurusan kerja.


“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri keranasentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah adasatu daya tarikan istimewa pada dirinya.


“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahanyang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anakuntuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.


D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan sepertipembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selainterpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.


“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernahterfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya.Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olahada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.


Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsungtidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagalmenjejaki tempat tinggalnya.


“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melaranghubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamunmereka,” katanya.


Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itumenghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil namalelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.


Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu denganD selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluanuntuk D kembali pulih seperti sedia kala.


“Saya hanya menangis sepanjang tempoh ditahan di hospital. Ketika itu,bapa menasihati saya supaya kuat semangat dan memohon pertolongandaripada Allah.


“Bimbang melihat keadaan saya semakin parah, bapa membawa saya berjumpapengamal perubatan tradisional kerana mengesyaki saya terkena ilmuhitam,” kata D.


Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, diadiberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyakdagu pada badannya.


“Saya turut diberitahu lelaki terbabit menggunakan sihir itu untukmengikis harta ramai gadis sebelum menghilangkan diri,” katanya.


D bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.


Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki itu menyebabkan rumah tangga Dberakhir apabila dia diceraikan suaminya pada penghujung tahun lalu.


“Tentunya dia marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, tapi dia taktahu saya menjadi mangsa ilmu hitam. Kini saya sudah mampu menjalanikehidupan seperti biasa dan melupakan episod perit yang meragutkebahagiaan rumah tangga saya.


“Saya sanggup berkongsi pengalaman hidup saya kerana mahu ia menjadipengajaran kepada semua wanita. Berhati-hatilah dan jangan mudahpercaya dengan lelaki,” katanya.