Malahan ruangan sosial dan laman blog kini semakin panas dan hangat dengan jari-jari nakal si penulis ketika menerima maklumat yang diperlukan untuk dikongsi bersama.
Kita tinggalkan kisah tersebut dan mari kita sama-sama membaca dan memahami luahan anak seni kita ini yang ingin berkongsi serba sedikit mengenai penampilannya.
"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.
"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara




