ZoOM rasa dah seminggu lebih kisah panas artis bernama Anzalna,Tasha Shila dan Neelofa berada di kaca TV dan akhbar harian malahan laman blog turut membicarakan kisah pergaduhan artis-artis wanita ini yang kian menjadi perhatian.
Dan berikut berita atau cerita terbaru mengenai artis bernama Anzalna yang dikatakan ingin melonjakkan nama beliau dipersada seni di Malaysia.
Jom kita baca :
Anzalna berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas kerana dia memang sudah dikenali menerusi lakonannya walaupun masih baru dan tidak menumpang kontroversi itu bagi meraih ‘publisiti murahan’.
“Sebelum kes (pergaduhan) itu berlaku pun saya sudah mempunyai kelompok peminat yang mengenali kerja lakonan saya walaupun masih baru. Mungkin saya tidak sepopular mana dan dikenali ramai seperti artis-artis lain tetapi sekurang-kurangnya ada kelompok peminat yang mengikuti perkembangan kerja saya.












