Memaparkan catatan dengan label Tasha Shila. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tasha Shila. Papar semua catatan

Jun 18, 2012

Berita Artis : Anzalna Nafi Raih Populariti Ekoran Kes Gaduh Dengan Neelofa

ZoOM rasa dah seminggu lebih kisah panas artis bernama Anzalna,Tasha Shila dan Neelofa berada di kaca TV dan akhbar harian malahan laman blog turut membicarakan kisah pergaduhan artis-artis wanita ini yang kian menjadi perhatian.

Dan berikut berita atau cerita terbaru mengenai artis bernama Anzalna yang dikatakan ingin melonjakkan nama beliau dipersada seni di Malaysia.

Jom kita baca :

PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir menolak dakwaan kononnya kes pergaduhan dengan pelakon Neelofa pada minggu lalu memberikan laluan mudah yang melonjakkan popularitinya secara mendadak kepada khalayak.

Anzalna berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas kerana dia memang sudah dikenali menerusi lakonannya walaupun masih baru dan tidak menumpang kontroversi itu bagi meraih ‘publisiti murahan’.

“Sebelum kes (pergaduhan) itu berlaku pun saya sudah mempunyai kelompok peminat yang mengenali kerja lakonan saya walaupun masih baru. Mungkin saya tidak sepopular mana dan dikenali ramai seperti artis-artis lain tetapi sekurang-kurangnya ada kelompok peminat yang mengikuti perkembangan kerja saya.

Januari 28, 2012

Gossip : Tasha Shilla Kesal Tuduhan Menari Ghairah Di Kelab Malam

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam.

"Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.

Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat.