Memaparkan catatan dengan label Gadis Gedik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gadis Gedik. Papar semua catatan

Julai 10, 2011

Sinopsis 3,2,1 CINTA | Trailer 3,2,1 CINTA


Sinopsis 3,2,1 CINTA:- MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

Jun 19, 2009

(Gossip) Liyana Jasmay Gedik ?


Zoom terdengar desas-desus bahawa Liyana Jasmay ini jenis pelakon yang gedik-gedik mengada ketika di’ set pengambaran. Sehingga ada sebilangan krew & pelakon yang meluat dengan sikap bimbo’nya. Kami tidak pasti akan kebenaran ini, iyalah bukan kami yang berlakon pun.

Kat Bawah Ni Gambar semasa sesi pengambaran telemovie ‘Laila Sari’, satu lagi produk keluaran MediaHustler. Diarahkan oleh Ghaz, Zoom yakin telemovie ini bakal menarik perhatian ramai sebagaimana kejayaan drama ‘Anak Ponti’. Lagi gambar selepas ini…

Gedik ke Liyana ni ? Nampak Macam Sopan jer..Yer laaa Hanya orang yang ada masa tue jer tau....kita ni saper laa hanya Jari-jari jer yang bergerak kalau tak CTLR + C pas tu CTRL + V jer :P