Mei 26, 2012

Artis Malaysia : Video Lagu Diam Dan Doaku Daripada Lufya Kepada Zarina atau Anju !!!

Lufya berkata, dia mahu Zarina menghayati lagu yang berbentuk ketuhanan itu dan dapat memaafkan antara satu sama lain, bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 21 Julai depan.

"Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu.

"Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu 'Doaku' untuknya," kata penyanyi itu lagi.

Pada pertengahan April lalu, sebuah blog hiburan menyiarkan kenyataan Lufya di mana ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina dan hal tersebut menyebabkan dia pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil 'Anju' yang jelas merujuk kepada pelakon itu.

Kemudian, Zarina melancarkan 'perang' terhadap Lufya sebagai respons terhadap artikel berkenaan menerusi akaun Twitter miliknya dan mengejek penyanyi berkenaan dengan

panggilan yang tidak enak didengar.

Tambah Lufya, walaupun dikutuk hebat oleh pelakon seksi itu, dia menerima dengan tenang dan ia juga sebahagian daripada promosi untuk dirinya kepada peminat-peminat yang baru ingin mengenalinya. 



Video :
Video : Doaku



Video : Diam

ZooM : Apa-apalah Lufya jangan sampai ada isu pula yang timbul kerana lagu "Doa" ni, kalau dulu "Diam" kini Doa...Insyallah mereka yang terasa akan mengambil iktibar dengan lirik dan maksudnya.

Apa KOmen Anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!