Memaparkan catatan dengan label sinopsis filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sinopsis filem. Papar semua catatan

Oktober 01, 2012

Dalam Masa 5 Hari Filem Hantu Kapcai Kutip Lebih 2 Juta

Sungguh menakjubkan dan sudah pasti ia adalah filem pecah panggung tahun ini, setelah beberapa hari ditayangkan dipawagam sejak khamis lalu. Filem terbitan anak syarikat KRU Studios ini telah berjaya menarik peminat filem tempatan dipawagam khasnya.

Jika sebelum ini filem 29 Februari juga terbitan KRU hanya berjaya mengutip RM500 ribu, tetapi lain pula kisahnya dengan Filem Hantu Kapcai. Berita mengenai kutipan filem berkenaan tersebar setelah akhbar berita harian terbitan Ahas (Semalam), memberitahu filem ini berjaya mengutip RM2 juta dalam masa 2 hari.

ZoOM perasaan ada beberapa filem tempatan yang kurang mendapat sambutan beberapa bulan kebelakangan ini. Dan boleh dikatakan ia sekadar melepaskan lelah di industri tersebut, malahan menjadi santapan penonton di Astro.

Selain itu juga ZoOM nak ucapkan tahniah kepada Showbiz Production kerana berjaya membuktikan filem tempatan masih mempunyai aura tersendiri.

Tahniah sekali lagi kepada pengarah Ghaz Abu Bakar dan juga KRU Studios.

Apa komen anda yang menonton ?

Sinopsis Filem Hantu Kapcai :

Hantu Kapcai mengisahkan Ajib, mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy).

Ogos 09, 2012

Sinopsis Filem Aji Noh Motor

Filem Aji Noh Motor mengisahkan seorang abang, Aji yang sanggup melakukan apa saja demi adiknya, Noh.


Aji seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba namun setiap kali Aji menang, dia hanya akan mengambil keseluruhan atau alat ganti mereka yang kalah saja. Noh pula sebaliknya apabila dia disifatkan sebagai insan yang taat dalam mengerjakan tuntutan agama meskipun dalam keadaan buta.



Aji sangat sayangkan Noh dan sanggup melakukan apa saja bagi memastikan permintaan Noh tercapai meskipun dia tidak mampu.



Setiap kali Aji keluar rumah untuk berlumba, Noh pula akan pergi ke surau. Di sana, Noh bertemu dengan Sutra yang berjaya menambat hatinya. Atas kekurangan diri Noh, percintaan itu tidak diterima ayah Sutra. Selain itu, Noh meminta abangnya untuk membawanya menunaikan haji sebagai hadiah hari lahirnya. Aji yang sedia maklum bahawa perbelanjaan ke Mekah melebihi apa yang dia mampu, mula mencuba pelbagai usaha untuk mengumpul duit meskipun ada antara caranya menyalahi undang-undang dan agama.



Pelakon Filem Aji Noh Motor: Alex Yan, Zalif Sidek, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Azrul Anwar, Eizlan Yusof dan Nadia Mustafa.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Januari 29, 2012

Sinopsis Filem 7 Petala Cinta | Trailer 7 Petala Cinta


Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta
Tarikh Tayangan : 15 Mac 2012
Durasi : 80 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sinopsis:

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Sinopsis Filem Azura | Trailer Filem Azura


Pengarah : Aziz M.Osman
Syarikat Penerbit : Ace Motion Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta, Drama
Tarikh Tayangan : 02 Februari 2012
Durasi : 98 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sinopsis:

Azura, seorang gadis remaja yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min dan Mekah pada 1990. Dia menjadi mahasiswa universiti swasta. 

November 18, 2010

Sinopsis dan Trailer Filem Aku Masih Dara

Sinopsis:

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.