Memaparkan catatan dengan label filem aku masih dara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem aku masih dara. Papar semua catatan

Januari 24, 2011

Aksi Peluk dan Berkemban Dalam Filem Aku Masih Dara

ZoOm Dah tengok Filem ini, terlebih dahulu ZoOm ucapkan tahniah kerana berjaya menyelitkan unsur pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada jalan cerita oleh penulis. Sehinggakan ramai wanita dan lelaki diluar sana akan sedar akan kesilapan sebelum ini jika menonton filem ini.

Namun dalam kerancakan perjalanan cerita ada yang membuatkan hati ZoOm ingin berkongsi dengan anda yang belum menonton filem ini. Kisah tiga sahabat yang leka dengan duniawi memang berjaya dari segi watak, tetapi aksi peluk memeluk dalam disko serta beberapa lokasi didalam filem membuatkan ZoOm tertanya-tanya bolehkah seseorang itu

1.Dipeluk sedemikian jika tanpa hubungan muhrim ???
2. Pakaian tidur yang menampakkan aset utama wanita dalam banyak babak ??
3. Aksi berkemban yang ditonton oleh masyarakat MALAYSIA !!?
4. Semuanya wanita beragama ISLAM tetapi 18sx ??
5. Motif berdakwah tapi ada aksi berkemban dan menjolok mata si jejaka-jejaka diluar sana..
6. Tajuk yang sudah pasti menjadi cerita dan gossip panas

DIANTARA AKSI PANAS DALAM FLEM AKU MASIH DARA

November 18, 2010

Sinopsis dan Trailer Filem Aku Masih Dara

Sinopsis:

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.