Mac 18, 2012

Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang | Video Jangan Pandang-Pandang | Kutipan Jangan Pandang-Pandang

FILEM: Jangan Pandang Pandang
BAHASA: Melayu
KLASIFIKASI: PG13
GENRE: Komedi Pengembaraan
TARIKH TAYANGAN: 29 Mac 2012
TERBITAN: Excellent Pictures Sdn Bhd
PENULIS SKRIP: Meor Shariman
PENGARAH: Ahmad Idham
PELAKON: Zizan Razak, Sara Ali, Nas-t, Miera Liyana, Anith Aqilah, Azhar Sulaiman dan lain-lain.


Trailer :

SINOPSIS :

Empat pelajar kolej iaitu Ajis (Zizan Razak), Ben (Nas-t), Yaya (Sara Ali) dan Diana (Anith Aqilah)ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan kelima, Marsha (Miera Liyana), seorang gadis gothik yang penuh misteri.

Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri yang dikenali sebagai Ang Bob (Azhar Sulaiman). Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut.

Abang Bob tiba-tiba menghilangkan diri, manakala bot pula tiada minyak. Ketika mencari bantuan, mereka sesat di hutan dan tidak menemui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Akhirnya mereka terpaksa bermalam dan berdepan dengan pelbagai gangguan.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!