Januari 30, 2012

Airel Zafril Menafikan Beliau Besar Kepala !!

KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2012: Nama bakat baru Airel Zafril, semakin hari semakin bertahta di hati peminat seni tempatan. Tidak dinafikan rezeki Airel Zafril dalam bidang lakonan semakin bercambah dan wajahnya acapkali menghiasi kaca televisyen.

Tahun 2012 akan menyaksikan empat filem yang dibintanginya akan ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Meskipun pernah tercalit kisah hitam sekitar pertengahan tahun lalu kerana menarik diri daripada membintangi sebuah teater bangsawan bertajuk Tok Wali, Airel Zafril bagaimanapun bersyukur kerana masih ramai lagi mempercayai bakat lakonannya.

"Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang lakonan semakin berkembang dan rezeki juga tidak henti-henti.

"Saya akui pernah mengalami kejadian yang kurang elok sekitar tahun lalu, namun saya bersyukur kerana nama saya tidak terus dilabelkan sebagai bermasalah atau besar kepala.

"Apa yang saya lakukan dulu bersebab dan saya menarik diri daripada teater tersebut pun kerana tidak mempunyai sebarang kontrak lakonan. Jadi demi kebaikan, saya menarik diri," katanya kepada portal murai.com.my.

Mengakui tindakannya itu telah banyak mengajar supaya menjadi lebih matang dalam mengharungi kehidupan sebagai anak seni.

"Apabila kita buat sesuatu perkara, perlulah ada hitam dan putihnya. Jadi nanti kebajikan sebagai seorang pelakon akan terjamin.

"Saya tidak boleh mengambil ringan dalam banyak perkara. Bagaimanapun saya bersyukur, semakin hari menjadikan saya semakin matang untuk meneruskan kehidupan sebagai anak seni.

"Semua yang saya lakukan bersebab .Oleh kerana saya mencari rezeki menerusi bidang ini, jadi saya perlu serius dalam menangani segala perkara,"jelasnya lagi.

Beralih perbualan mengenai kerjaya seninya, kata Aeril Zafril, dia kini berdebar menantikan hasil kerjanya bersama Tizz Zaqyah menerusi filem Cinta Kura-Kura yang bakal menemui peminat kaki wayang tempatan pada 1 Mac depan.

Bercerita pengalamannya sepanjang membintangi filem tersebut, jelas Aeril Zafril, perkara yang paling tidak mampu dilupakan tentunya ketika berinteraksi bersama kura-kura.

"Dalam filem Cinta Kura-Kura, saya memegang watak Adam. Banyak adegan saya bersama kura-kura dalam filem ini.

"Ketika penggambaran, ada kalanya kita menggunakan objek sebagai kura-kura dan kadang kala kita gunakan kura-kura hidup.

"Paling yang tidak boleh saya lupakan, apabila ada satu babak di mana saya mengoncangkan kura-kura tersebut berkali-kali dan kura-kura itu telah kencing di atas tangan saya," jelasnya sambil ketawa.

Mengulas mengenai gandingan buat pertama kali bersama Tizz Zaqyah dalam filem terbitan KRU Studios dan arahan Nizam Zakaria itu, kata Aeril Zafril, keserasian antara mereka dapat dicipta dengan cepat ketika di lokasi penggambaran.

"Saya dapat tahu akan digandingkan dengan Tizz dua minggu sebelum penggambaran.

"Memang saya tidak mengenalinya.Tetapi apabila di lokasi, Alhamdulillah keserasiaan dapat dicipta dan dengan bantuan semua krew kami dapat menjiwa watak masing-masing dengan baik," katanya lagi.
Info : Murai Dot Com

ZoOM : Boleh tahan juga hebatnya pelakon baru ni, kalau tak silap ZoOm mamat ni yang berlakon dalam Filem Keramat kot. Semalam baru layan filem Keramat tu, huh mula-mula memang susah nak tangkap jalan cerita dan ketika ending cerita tersebut habis dengan semua bunuh diri. Kalau sebelum ini banyak filem yang menggunakan seseorang watak yang alim untuk menghapuskan Jin/hantu yang bermaharajalela. Apa kata anda yang menonton filem Keramat tu ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!