Memaparkan catatan dengan label Airel Zafril. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Airel Zafril. Papar semua catatan

Januari 30, 2012

Airel Zafril Menafikan Beliau Besar Kepala !!

KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2012: Nama bakat baru Airel Zafril, semakin hari semakin bertahta di hati peminat seni tempatan. Tidak dinafikan rezeki Airel Zafril dalam bidang lakonan semakin bercambah dan wajahnya acapkali menghiasi kaca televisyen.

Tahun 2012 akan menyaksikan empat filem yang dibintanginya akan ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Meskipun pernah tercalit kisah hitam sekitar pertengahan tahun lalu kerana menarik diri daripada membintangi sebuah teater bangsawan bertajuk Tok Wali, Airel Zafril bagaimanapun bersyukur kerana masih ramai lagi mempercayai bakat lakonannya.

"Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang lakonan semakin berkembang dan rezeki juga tidak henti-henti.

"Saya akui pernah mengalami kejadian yang kurang elok sekitar tahun lalu, namun saya bersyukur kerana nama saya tidak terus dilabelkan sebagai bermasalah atau besar kepala.

"Apa yang saya lakukan dulu bersebab dan saya menarik diri daripada teater tersebut pun kerana tidak mempunyai sebarang kontrak lakonan. Jadi demi