Januari 30, 2012

Miera Leyana Tutup Pintu Hati Terima Shahrizal Jaszle


PETALING JAYA: Pelakon Miera Leyana menganggap hubungannya dengan Shahrizal Jaszle yang baru berusia lima bulan itu berada pada tahap kritikal apabila pelakon lelaki tersebut didapati telah berlaku curang terhadapnya.

Miera berkata dia memperolehi bukti terhadap kecurangan Shahrizal sehingga menyebabkan pintu hatinya telah tertutup untuk berbaik kembali dengan aktor filem Azura itu.

“Saya selesa bersendiri dan berenggang dengan Shahrizal buat masa ini. Saya mendapati dia tidak berlaku jujur dan curang terhadap saya.

“Hati saya bagai sudah retak dan berkecai untuk berbaik semula dengan selepas beberapa kali dipermain-mainkan oleh dia,” katanya kepada mStar Online, di sini.

Ketika ditanya adakah dia memberikan peluang kepada aktor kacak itu, Miera berkata dia berasa tawar hati dengan sikap Shahrizal yang dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk memulihkan kemelut tersebut.

“Sejak kami mula bergaduh kira-kira dua minggu yang lalu, sudah berkali-kali dia datang memujuk dan meminta maaf tapi saya tidak nampak kesungguhannya untuk memulihkan kekusutan antara kami.

“Mengapa saya perlu memberikan peluang lagi jika dia tidak pandai untuk menghargai kepercayaan saya selami ini?” katanya dalam nada kesal.

Miera berkata pada waktu ini, dia lebih selesa bersendiri dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan perjalanan hubungan cinta mereka.

“Saya akui masih sayangkan. Namun, selepas apa yang berlaku saya redha dan berserah sahaja kepada Tuhan, jika ada jodoh antara kami, saya terima seadanya,” katanya.

Info : Mstar

ZoOM : Aduh.....dua-dua kena interview dengan wartawan....kesian tapi nak buat macam mana...ko ni Shahrizal kenapalah curang kan dah kena marah oleh awek...Tapi bagi ZoOm buang yang keruh ambil yang jernih...tapi kalau still keruh juga letak buang je kat longkang tu...Hahahaha :)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!