PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Najua P.Ramlee akan meneruskan legasi datuknya, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan kemunculan single terbaru yang masih lagi dalam pembikinan.
Najua atau nama sebenarnya, Najua Nasir berkata, dia ingin membawakan muzik berkonsepkan broadway, sama seperti lagu-lagu yang sering dibawakan dalam pementasan teater.
"Sebelum ini saya biasa dengan kerjaya berbentuk pementasan seni teater, muzikal terutamanya. Jadi saya fikir, lebih elok jika lagu single pertama saya berbentuk broadway.
"Saya harap kelainan itu dapat diterima peminat-peminat muzik tempatan. Andai kata ia menjadi tarikan, saya akan meneruskan usaha penghasilan single kedua dan seterusnya muncul dengan sebuah album," katanya.
Najua adalah anak kepada Nasir iaitu anak tunggal P.Ramlee hasil perkahwinannya dengan Junaidah Daeng Harris.
Tambah graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini, dia berharap kemunculannya dengan lagu terbaru ini tidak
