Memaparkan catatan dengan label Irma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Irma. Papar semua catatan

Julai 15, 2012

5 Gambar Irma Hasmie Dan Redza Berbulan Madu Di Gold Coast, Australia

Inilah gambar bulan madu Irma dan suami beliau Redza Syah baru-baru ini di Gold Coast, Australia. Beliau amat bertuah dan beruntung kerana pakej bulan madunya ini ditaja oleh D’Haja Boutique yang merupakan sebuah butik pakaian muslimah. 

Mungkin tuah beliau kerana menjadi seorang model bagi tudung-tudung di butik tersebut. Dan dibawah ini adalah beberapa gambar beliau bersama suami tersayang.

Jun 30, 2012

13 Gambar Perkahwinan Irma Hasmie Dan Redza Syah


Sebelum anda melihat beberapa gambar perkahwinan yang ZoOM jumpa daripada abang dan kakak Google Images, mari kita baca berita dan serba sedikit cerita Irma yang comel ni.

Biodata Irma Hasmie:

Nama: Irma Hasmie Ibrahim
Tarikh Lahir: 8 Januari 1982
Usia: 27 Tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pencapaian: Gadis Jelita 2004
Iklan Komersil: Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha & Pringle's.
Filem: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva & Dua Hati Satu Jiwa
Drama: Lima, Awan Dania, Bella, Rahsia Gambar, Hantu Raya, Segalanya Ku Terima &

Januari 31, 2012

Irma Sedang Mencari Jodoh Sebagai Peneman Hidup

DULU

SHAH ALAM: Pelakon Irma Hasmie menjelaskan dia tidak pernah berputus asa dalam mencari jodoh buat dirinya selepas gagal dalam percintaan dengan pelawak Nabil.

Irma berkata, dia seboleh-bolehnya ingin segera mendirikan rumah tangga kerana usianya sudah mencecah 30 tahun.
"Walaupun saya seorang perempuan tetapi rasanya tidak boleh duduk berpeluk tubuh menunggu jodoh itu datang kerana kita perlu berusaha mencarinya.
"Tetapi masih belum sampai masa untuk bertemu dengan seseorang yang betul-betul sesuai dengan saya," ujarnya kepada mStar Online.

Irma juga tidak menafikan, baru-baru ini dia ada mengenali seorang jejaka tetapi hubungan tersebut terputus kerana tiada keserasian.

April 13, 2011

Gambar Terbaru Irma Memakai Tudung

Bersama Wardina

Alhamdulillah mungkin dah sampai masanya beliau berubah dan cuba mendekati kepada ajaran yang sepatutnya kita amalkan, terutamanya dikalangan wanita yang wajib menjaga aurat masing-masing. Berita terbaru mengenai artis kita ini dikatakan sudah berhijrah menjadi seorang muslimah yang manjaga auratnya.

Bertapa ayu dan cantiknya Irma mengenakan tudung yang sudah pasti menjadi buruan bakal Mak Mentua diluar sana yang terpesona dengan kesopanan dan dan keayuannya.

Lagi Gambar Irma di bawah :

Jun 10, 2010

Gambar Terbaru Irma Hasmie Di Media

Inilah Wajah Terbaru Irma di Majalah Media, sekadar ingin berkongsi dengan pembaca di Zoomartis mengenai wajah terbaru kekasih si Nabil Raja Lawak ni.Anda perasaan tak dalam gambar ni Irma nampak cantik, tak adalah seperti gambar-gambar sebelum ni.Mungkin guna photoshope kot..apa pun semoga berbahagia...!!
Apa kata anda ??

Jun 04, 2010

Gossip Irma Kikis Duit Nabil !!!?

Kesian empunya badan desas desus beliau mempergunakan Nabil giat diperkatakan di mana-mana sahaja, termasuklah penulis blog yang berpengkalan di Malaysia khasnya.


Namun dalam diam-diam mereka sudah mengatur hari menuju hari bahagia,khabarnya mereka akan bertunang, ikuti luahan anak muda yang tengah dilamun cintan ni...!!


“Segala dugaan dilalui bersama-sama. Kadangkala, dia juga suka menyakat saya sehingga saya marah dan menangis. Insya-Allah, jika tiada aral, kami akan bertunang apabila sudah menetapkan untuk berkahwin,” ujarnya.

Oktober 07, 2009

(Gossip) Irma Terkilan Gossip Berkepit Dengan Nabil !!!


KISAH cinta dua pelakon ini bukan lagi rahsia. Hubungan istimewa yang terjalin antara Irma Hasmie dan Nabil juga sudah diakui sendiri oleh tuan empunya diri masing-masing.

Malah, kemesraan yang terjalin antara mereka juga jelas dapat dilihat apabila kedua-duanya sering dilihat bersama di majlis-majlis mahupun di dalam program hiburan.

Namun begitu, ada juga sesetengah pihak yang rasa kurang senang melihat kekerapan mereka yang sering dilihat tampil bersama dan diibaratkan seperti belangkas.

Akui Irma, dia agak terkilan apabila perkara seperti itu diperkatakan terhadap dirinya dan Nabil...



Baca Selanjutnya

"Saya sebenarnya berasa pelik dan terkilan mendengar cakap-cakap itu. Misalnya dalam 10 program Raya termasuk rumah terbuka yang dihadiri Nabil, saya hanya tampil sebanyak dua kali bersama-samanya.

"Lain kali, mungkin saya kena berfikir dua kali. Bukan saya yang minta sebenarnya, tetapi penganjur dan pihak produksi yang meletakkan kami bersama melalui jadual yang sama," kata Irma ketika ditemui pada pertandingan kek coklat di Great Estern Mall, baru-baru ini.

Pada Hari Raya, Nabil dan Irma turut muncul bersama di dalam beberapa rancangan raya antaranya seperti Studio Nabil yang menjalani rakaman di Perth dan telefilem Kuih Goyang Seha.

Kata Irma, dia sendiri memang tahu ada pihak yang kurang senang melihat dia sering muncul bersama Nabil di dalam banyak program. Namun, apapun tanggapan yang diberikan, dia tidak mahu mudah melatah.

Bagi pelakon ini, tanggapan seperti itu bagaimanapun tidak mengganggu hubungannya dan juara Raja Lawak musim kedua itu. Malah, katanya, selepas bekerja, mereka berhak keluar bersama-sama kerana itu adalah privasi mereka.

"Saya tidak berasa segan untuk keluar bersama-sama dengan Nabil kerana itu adalah hak privasi saya. Di set lokasi, kami adalah profesional," akui Irma yang kini boleh disaksikan lakonannya menerusi drama bersiri Awan Dania musim kedua yang disiarkan di Astro Ria

Info : Mstar

Zoom KOmen: Nak hindarkan daripada digossip, kahwin jer la jawapan nyer. Nak berkepit sampai masuk bilik pun tak per.. Saperr Peduli..!!! betul tak alls ?

Jun 10, 2009

(celebrity News) Nabil Bakal Keluarkan Album ???


Pelik Tabi Benar ini la yang berlaku kat Juara Raja LAwak Musim Lepas.
Murah Rezeki Nabil ni, Zoom Rasa Nabil Pun Mesti Bahagia Bersama Idaman Kalbu
Irma,Kalau Duit Dah Cukup Apa Lagie Nabill hantar la Rombongan...iklan sana2 sini nak kan nabil...Stesen TV lagie la... KAn..Kan...Tak per Setahun dua ni kumpul la
duit dulu...nanti jadi macam mawi pulak...lepas kawin jerr saham merundum...Nak buat macam mana Peminat Fanatik Kat Luar TU "Mostly" Aweks2 so Faham2 jer la...

Apa Pun Zoom Admin Sentiasa Mendoakan Kejayaan Dan Kebahagian Nabill..
Good Luck...

Jun 03, 2009

(Gossip) Farid Kamil, Diana Danielle bercinta?


DARI kiri, Diana bekas kekasih Syamsul. Farid pernah bertakhta di hati Irma. Lisa dikatakan pilih pramugara sebagai kekasih.

Pelakon remaja itu khabarnya pernah mengaku jalin hubungan serius dengan pengarah muda

PATAH tumbuh hilang berganti, cinta yang pergi kini berganti. Rasanya pantun dua kerat yang Zubir tulis tengah malam Rabu lalu sesuai ditujukan kepada tiga artis muda yang sedang menempa nama ini - Diana Danielle, Farid Kamil dan Lisa Surihani. Diana yang pernah menjalin cinta dengan pelakon dan pengarah muda, Syamsul Datuk Yusof Haslam, khabarnya sudah bertemu pengganti, siapa, sekejap lagi Zubir canangkan.

Begitu juga dengan aktor muda dan pengarah berbakat, Farid Kamil, apabila hubungan cintanya Irma Hasmie putus di tengah jalan, dia sudah ada kekasih baru, tapi dengan Lisa Surihani seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya dia kini dikatakan bercinta dengan Diana Danielle!

Memang susah nak percaya, Zubir sendiri terlopong mulut apabila pertama kali dikhabarkan oleh seorang teman artis ketika kami sama-sama melepak di sebuah restoran mamak di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mana tidaknya, sebelum ini kita sering disajikan dengan cerita Farid 'berteman tapi mesra' dengan Lisa.

Ketika menemubual Farid sebelum ini, dia pernah mengaku kepada Zubir, Lisa adalah kawan baiknya dan tidak menolak ketentuan Tuhan sekiranya Lisa adalah jodohnya suatu hari nanti. Diana pula selepas putus cinta dengan Syamsul, dia terus mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai 19 Mac lalu di Kem Princess Haliza, Sepang, justeru mana ada peluang dia berkesempatan menjalin hubungan cinta dengan Farid?

"Abang Zubir, betul, sekarang ni Farid dengan Diana, bukan Lisa! Itulah ramai orang tak tahu hal ini. Memang Farid sering digosipkan dengan Lisa, tapi semua itu untuk tujuan komersial semata-mata demi kerjaya lakonan mereka. Tambahan pula kedua-duanya bernaung di bawah syarikat yang sama dan sama-sama terpilih sebagai wajah eksklusif Astro. Tapi, dia orang tak ada apa-apapun, hanya kawan baik.

"Tapi, Farid dengan Diana, kes lain. Sekalipun Diana tidak pernah memberitahu saya siapa cinta barunya, tapi dia pernah berbisik kepada kawan baik saya, dia sekarang dengan Farid! Kalau kawan saya tu tipu, maka tipulah cerita ini Abang. Tapi, saya yakin, kawan saya tak akan buat cerita kalau dia tak dengar sendiri daripada mulut tuan punya badan. Yang pasti, Farid dan Diana ni, pandai cover line, cinta rahsia!," cerita teman artis berkenaan kepada Zubir.

Memang sukar diterima khabar angin ini sekiranya bukan keluar daripada mulut teman artis tadi. Zubir sendiri paksa diri untuk percaya sebab teman artis tadi beriya-iya benar bercerita kepada Zubir. Tapi, tak tahulah sekiranya maklumat yang diterima daripada kawan baiknya itu hanya gurauan semata-mata daripada Diana. Tapi, tak logik sekiranya soal hati dan perasaan ini, Diana nak buat main-main pula!

Yang peliknya bagaimana Farid dan Diana berhubungan, mana ada SMS, e-mel dan sebarang bentuk komunikasi tidak dibenarkan kepada peserta PLKN. Tapi, lainlah pada hujung minggu apabila peserta dibenarkan membuat panggilan telefon menggunakan telefon awan di kem! Pun begitu, apabila difikirkan kembali, cinta tiada sempadan. Siapa tahu, Farid dan Diana mempraktikkan cinta 'program jarak jauh' atau cinta 'PJJ'!

"Lisa sekarang ni bercinta dengan seorang pramugara. Ramai orang tak tahu Abang Zubir, Lisa ni kuat simpan rahsia," tambah teman artis tadi kepada Zubir.

Bagi Zubir, mereka semua masing-masing masih bujang dan ada sejarah cinta silam yang terhenti di tengah jalan. Justeru, tak salah mereka bertemu cinta baru, kehidupan dan karier mesti diteruskan. Yang penting, jangan jadi perampas kekasih, tunang, suami atau isteri orang! Ketiga-tiganya solo, elok eratkan lagi perhubungan itu, insya-Allah perhubungan yang ikhlas akan berakhir di gerbang perkahwinan.

Pun begitu, sekiranya apa yang Zubir teropong ini tidak tepat atau sekadar gosip semata-mata, kepada Diana, Farid dan Lisa, maafkanlah Abang Zubir, okey cun! Selamat berhari minggu, kita enjoy!

Mei 18, 2009

Gambar Nabil & Irma Candid Di Hotel Pavilion


Jaga Bebaik Anak Orang Nabil...APa-Apa Pun Semoga Berbahagia

Nabil Bawa Irma Gi HOtel... hehehehehehehe

Ur all Comment Please

Mei 12, 2009

(Kontroversi) Peluk Irma Tak Jejas Ekonomi Negara - Nabil


Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia.
Lagipun saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula.
Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara.

==== Berikut adalah petikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nabil sendiri. Mungkin bagi’nya kenyataan itu hanya’lah lawak namun bagi masyarakat di luar mereka semua memandang serius isu adegan peluk yang melibatkan kekasih hati’nya, Irma Hasmie.

====

Nabil seharus’nya serius dalam memberi kenyataan yang berkaitan dengan isu ini dan sememangnya Oh! Artis akui bahawa adegan peluk itu tidak akan dan tidak sedikit pun menjejaskan ekonomi negara tetapi boleh menjejaskan ekonomi Nabil sendiri. Jadi, tepuk dada tanya’lah selera yer.. (Jangan hanya pandai buat kenyataan ‘bodoh’ je. Sendiri mau ingat laa.)

P/s.. Baru je menang Anugerah Bintang Paling Popular dah mula buat hal. Kalau berterusan macam ni, esok lusa lingkup’lah gamaknya.

April 20, 2009

Gambar Kemesraan Nabil RL dan Irma Hasmie


Selepas kita jemu melihat gambar-gambar mesra seperti Abby Abadi dan Zul (Gigolo) Ariffin, Norman Hakim dan Memey (Bohsia) Suhaiza. Mari kita lihat pula gambar-gambar Nabil bersama Irma Hasmie. Agak-agaknya Farid Kamil tengok gambar ini pastu dia gelak sinis (— You know what i mean) sambil berkata “Ala bekas aku, hehe”.

April 16, 2009

Anugerah Berita Harian 2008


Ada telahan penulis yang tepat kena pada sasaran, ada yang sebalik’nya pula (Rujuk entri (ABPBH 2008) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Malam Ini!). Paling mengecewa’kan penulis adalah apabila trofi Artis Baru Popular di’menangi oleh Stacy. Argghh, kenapa bukan Lisa Surihani? Pemilik BeautifulNara.com juga kecewa, kata’nya mengapa bukan Scha?

Menarik juga persembahan live daripada kumpulan Kristal, ada Jefry Din! Caya’lah!

OHBULAN! juga akan update entri ini dari masa ke semasa, anda seharus’nya refresh page ini sepanjang ABPBH 2008 berlangsung. Setakat ini, keputusan adalah seperti berikut :

Pengacara TV Lelaki Popular —> Aznil Haji Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular —> Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular —>Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular —>Fara Fauzana
Artis Nasyid Popular —> Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular —> Nabil Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular —-> Noorkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Nabil Lagi..Hehehe
Artis Baru Wanita Popular - Stacy (kenapa bukan Lisa Surihani?)
Pelakon TV Lelaki Popular –> Rosyam Nor (Adus, tak kena target!)
Pelakon TV Wanita Popular –> Dynaz (Rezeki mengandung anak)
Penyanyi Kumpulan / Duo Popular –> Meet Uncle Hussain
Penyanyi Wanita Popular –> Siti Nurhaliza
Penyanyi Lelaki Popular –> Suami Ekin…
Pelakon Filem Lelaki Popular –> Que Haidar (Dok bersayang-sayang je)
Pelakon Filem Wanita Popular –> Maya Karin
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 ABPBH) - dimenangi Jamal Abdillah

Anugerah Bintang Paling Popular 2008 jatuh kepada Nabil Raja Lawak 2 dengan undian 127,524. Tahniah Nabil, tapi, peh, Nabil selamba peluk Irma Hasmie..