Memaparkan catatan dengan label Nasha Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasha Aziz. Papar semua catatan

Jun 19, 2012

Berita Panas : Gambar Seksi Nasha Aziz Di Majalan ENF

Satu lagi wajah eksklusif yang amat jarang kita lihat iaitu Nasha Aziz telah tampil sebagai covergirl untuk kulit depan majalah online ENF edisi ke-8. Gaya rambut mohawk dikenakan dengan dress merah pendek memberikan perspektif keteguhan personaliti pelakon ini yang seakan tidak dimamah usia.


Berkongsi serba sedikit mengenai penglibatannya dalam dunia seni, Nasha Aziz memberikan pandangan bahawa seni berupaya menaikkan taraf individu daripada biasa kepada luar biasa sehingga bisa mengagumkan orang luar. Jika anda ingin mengetahui apakah cerita disebalik dunia seni, layari majalah ENF ya!


Sumber : Berita-Saya


ZoOM: Wow...menakjubkan software ke atau realiti wajah dan tubuh Nasha Aziz kita ni. walaupun sudah lama berkecimpung dalam industri glamour namun beliau (Nasha) masih belum dimamah usia. Wajah yang cantik dan pakej yang lengkap sering menjadi perhatian mata masyarakat. 


Dan terbaru sebagai Cover didepan Majalan ENF ini.

Februari 11, 2011

Nasha Aziz Kena Rompak !!

Kenapalah kes mencuri semakin berleluasa di Malaysia ni, dan yang paling menakutkan kes ragut yang dah ramai meragut nyawa orang ramai terutamanya golongan wanita. Mungkin kerana terdesak atau pengaruh dadah memyebabkan penjenayah tersebut sanggup melakukan apa saja.

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini surat khabar Kosmo diruangan hadapan menceritakan Nasha Aziz kerugian hampir RM40 Ribu  ( Duit RM 10k + Barang Kemas) kerana dirompak semalam di persimpang Ampang Hilir. apa-apa pakai cek je la selamat, kalau tak pun transfer je sebab sekarang ini pun dah maju buat apa keluar duit banyak-banyak.

Dan yang pelik macam mana si perompak boleh tahu Nasha keluarkan duit banyak !!! ZoOm rasalah perompak tu tentu dah ada dalam bank atau diluar bank apabila Nasha keluarkan duit.


ZoOm :  Apa Kata Anda !!?

Oktober 19, 2010

Perkahwinan Nasha Aziz Di Tangguhkan !!!?

PETALING JAYA: Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, (gambar) untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan.
Kedua mereka yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi.

Mac 31, 2010

Nasha Aziz di lamar oleh Iman Tang kekasihnya !!

Panjang Cerita mengenai Nasha AZiz dengan kekasih dan bekal suaminya ni, alhamdulillah akhirnya pelamin indah yang selalu menjadi mimpi indah akan menjadi kenyataan.Bacala luahan dan cerita Nasha ini di dalam akhbar online yang Zoom baca hari ni....!! 


AKTRES jelita Nasha Aziz mengakui dia tidak mampu menolak cinta barunya yang bernama Nur Iman Tang.

Jujurnya kata Nasha, kekasihnya itu begitu luhur menyayanginya. Akur dengan ketentuan jodoh pertemuan, Nasha sudah bersedia untuk bergelar suri rumah pada bulan Jun tahun ini.

Ketika ditemui di hari persandingan sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin kelmarin, Nasha yang kelihatan berseri-seri berkata, teman lelakinya Iman Tang sudah pun melamarnya.

"Saya terharu mendapat lamaran darinya. Tapi yang penting sekali ialah keberkatan ikatan perkahwinan itu nanti. Saya juga inginkan restu dari kedua orang tua, dan keluarga.

Kata aktres berperwatakan manja ini lagi, "Saya mahu perkahwinan ini diberkati Allah. Iman akan menjadi ketua keluarga dan dia sedang berusaha ke arah itu, insya Allah.

Model tinggi lampai yang tidak mudah meluahkan rahsia hatinya itu berkata, cinta itu lebih manis bila dipelihara batasan agama.

"Saya agak tradisional dalam soal pergaulan dan perhubungan. Mungkin sebab itu saya ambil masa yang lama untuk menerima lelaki untuk menjadi teman hidup," kata Nasha yang mengakui dia sudah pun membuat perancangan untuk menunaikan umrah terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

Menurut Nasha, dia dan Iman Tang akan menunaikan umrah pada 10 Mei depan selama dua minggu. Sekembalinya dari sana, jika tiada aral melintang dan sekiranya semua berjalan lancar, Nasha akan disatukan dengan kekasih hatinya itu.

Kebetulan ketika sedang berbual, Iman Tang telah menelefon Nasha dan di kesempatan itu, Nasha telah menghulurkan telefon bimbitnya untuk penulis bertanya khabar. Di hujung sana, kedengaran suara Iman Tang memberi salam dengan penuh takzim.

Tanpa perlu mengorek isi hatinya, Iman Tang berkata, "Saya amat sayangkan Nasha. Insya Allah, kami akan berkahwin Jun ini sekembalinya dari Mekah".

Iman Tang, yang sedang mengikuti kursus kahwin berkata, wajah ayu dan peribadi menarik milik wanita bernama Nasha Aziz ini sudah lama jadi dambaannya. Malah kata Iman Tang lagi, perhubungan dua tahun antara mereka sudah cukup membuktikan yang mereka pasangan serasi.

Bak kata Nasha, "bukan tidak ada sengketa antara kami tapi ia tidak berpanjangan kerana Iman pandai memujuk."  Sebelum melepaskan telefon bimbit kepada Nasha semula, Iman Tang sempat berkata, "Dia lah wanita yang saya tunggu-tunggu selama ini.

"Saya harapkan Allah pertemukan jodoh kami secepat mungkin. Doakan kami ye..."  Sekilas itu juga, wajah Nasha berseri-seri sambil bibir menguntum senyuman seperti sudah maklum apa yang telah disampaikan oleh kekasihnya.

Apa kata anda di ZOomartis!? 

November 22, 2009

(Cerita Artis)Makcik Bersyukur Dapat AUtograf Nasha Aziz !!!


Alhamdulillah, atau semoga dipanjangkan umur mungkin itulah yang makcik di atas ingin buat untuk Nasha Aziz yang tengah sign Autograf untuknya.Mungkin kerana sudah sekian lama makcik ini ingin mendapatkan Autograf Nasha dan hari tersebut merupakan hari bersejarah kepada makcik ini.Yerlah sebelum ini hanya melihat dan menonton Nasha Di Kaca TV je, ini live..!!! Lepas ini makcik ni mungkin akan gantung atau buat Frame Autograf Nasha Aziz..!!!! Apa-apalah makcik...asal makcik sihat walafiat..!! jangan bawa tidur dah..!!!



Baca Selanjutnya

Zoom Komen: Ramai juga peminat Nasha ni..!! apa Kata anda !??

Oktober 11, 2009

(Gossip) Gambar Nasha Aziz Bersosial Di Pub !!!

Pelakon yang berstatus anak kacukan ini sememangnya disukai ramai peminat tidak kira tua ataupun muda. Ini disebabkan bentuk badannya yang menarik dan juga rupawan yang putih mulus. Namun itu cuma bakal menjadi mimpi sekiranya Nasha Aziz akan berkahwin dengan jejaka muallaf pilihannya. Kisah lalu Nasha juga tidak lari seperti segelintir artis yang lain, sosial tetap tumbuh di lubuk hati sanubari mereka.

Pub telah menjadi hiburannya untuk menghilangkan kebosanan yang mengila-gila. Ikutilah gambar-gambar di bawah...






Info: Penguin

Baca Selanjutnya

Zoom Komen: Sosial Juga si Nasha Ni erkk, Macam-macam cerita artis kita sekarang ni.Tak Habis-habis dengan konterversinya. Apa KOmen Anda ?

Oktober 10, 2009

(Gossip) Nasha Aziz Bayar RM 10,000 Kepada Ayah !!!!


Mahkamah Tinggi KL (9/10) memerintahkan aktres dan model Nasha Aziz membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya, Abdul Aziz Mohd Ali, dalam kes saman fitnah yang difailkan bapanya terhadapnya. Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Abdul Aziz bagi membuat penghakiman selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes itu Rabu lepas...



Baca Selanjutnya

Bagaimanapun, Nasha hadir ke mahkamah tanpa peguam yang mewakilinya dalam kes itu, Rashid Mokhtar. Hakim Abdul Wahab juga memerintahkan Nasha membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya dari tarikh saman difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman itu.

Beliau bagaimanapun tidak memberi ganti rugi tambahan seperti yang diminta oleh Abdul Aziz kerana saman itu melibatkan perkara dalam keluarga. Hakim Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata beliau mendapati Abdul Aziz selaku plaintif berjaya membuktikan dia telah difitnah oleh Nasha selaku defendan apabila Nasha dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 24 Okt 2004, menyatakan dia (Nasha) hanya mempunyai seorang ayah sahaja.

Hakim Abdul Wahab berkata mahkamah menerima pernyataan tuntutan Abdul Aziz bahawa akibat perkataan itu, Abdul Aziz telah dipandang rendah dan dikatakan berbohong bahawa Nasha itu adalah anak kandungnya. Abdul Aziz, 61, seorang guru silat, yang hadir di mahkamah, mengemukakan saman terhadap Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya

Zoom Komen: RM10,000 kah harga sebuah pertalian darah !!!! Kadang2 zoom terfikir kenapalah jadi sampai sedemikian rupa.Sedangkan Binatang sanggup menjaga anak walaupun dalam kelaparan dan kekurangan.Inikan kita manusia yang dicipta sebaik-baiknya..!!! Sama-samalah kita fikir-fikirkannya...Apa Komen Anda ?

Oktober 07, 2009

(Gossip) NASHA AZIz VS BAPA Di Mahkamah !!!!


KUALA LUMPUR: Bapa kepada aktres dan model Nasha Aziz hari ini memohon Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membuat penghakiman berhubung saman fitnahnya terhadap anaknya perempuannya selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir hari ini.

Peguam bela Abdul Aziz Mohd Ali, M Visvanathan membuat permohonan itu berdasarkan bahawa Nasha didapati tidak berminat mempertahankan dirinya dalam saman itu.

Visvanathan berkata, semasa pengurusan kes pertama pada Maxc 2009, peguam belanya Rashid Mokhtar dari Rashid Mokhtar & Co hadir dan bersetuju dengan tarikh hari ini yang ditetapkan untuk mendengar keterangan saksi.




Baca Selanjutnya

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail kemudian meminta peguam bela untuk mengemukakan penghujahan bertulis esok dan menetapkan Jumaat untuk keputusan berhubung permohonan itu.

Abdul Aziz, 61, seorang guru silat, yang hadir, mengemukakan saman terhadap anak perempuannya Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa bahawa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya.

Abdul Aziz, dalam pernyataan tuntutannya, berkata beliau adalah bapa kandung Nasha dan mendakwa bahawa perkataan fitnah di dalam artikel itu bertajuk "Jangan tanya hal peribadi", dalam keluaran akhbar bertarikh 24 November, 2004 telah menyebabkan perasaan beliau terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya.
Beliau memohon ganti rugi, faedah, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dengan mendakwa artikel itu boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia.

Nasha, dalam pernyataan pembelaannya menjelaskan bahawa perkataan "bapa" dalam temu bual dengan akhbar itu adalah merujuk kepada bapa saudara yang membesarkannya.

Pelakon itu tidak menafikan bahawa Abdul Aziz ialah bapa kandungnya tetapi beliau menganggap bapa saudaranya sebagai bapa dalam hidupnya.

Pada permulaannya, Hakim Abdul Wahab menolak permohonan Visvanathan bagi menangguhkan prosiding itu sementara menunggu penyelesaian rayuan terhadap pencetak dan penerbit Utusan Melayu dan wartawan Tengku Khalidah Tengku Bidin yang dikeluarkan sebagai defendan dalam kes saman itu.
Pada 2 Mac 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof menolak dengan kos writ saman selepas membenarkan permohonan mereka untuk dikeluarkan sebagai defendan.

Selepas penangguhan, Abdul Wahab menyoal sama ada kenyataan yang dibuat Nasha adalah fitnah, Visvanathan berkata perkataan di dalam artikel itu sama seperti Abdul Aziz telah mati dan bukan bapa sebenar Nasha.

Katanya, artikel itu telah menimbulkan huru hara dalam keluarga dan telah menjatuhkan reputasi Abdul Aziz sebagai guru silat apabila orang menggelarnya penipu.

Katanya, Abdul Aziz juga menerima satu panggilan bahawa beliau ialah seorang penipu kerana beliau bukan bapa kandung Nasha.

Hakim Abdul Wahab berkata, artikel itu tidak perlu dibaca baris demi baris tetapi perlu dibaca keseluruhan perenggan dan membuat kesimpulan bahawa kenyataan itu tidak merujuk kepada Abdul Aziz (plaintif) tetapi kepada bapa saudara Nasha, Allahyarham Abdul Aziz Hathim. - Bernama

Zoom KOmen: APa Nak jadi,ayah dan anak saman dan kena saman..!! sedih tapi inilah dunia realiti zaman sekarang ni...

Ogos 24, 2009

(Celebrity News) Iman Tang Insan Tersayang Nasha Aziz

Possing Manja Nasha
Nasha Dan Erra Fazirah
MELIHAT penampilan aktres dan model Nasha Aziz sekarang,wajahnya tampak semakin berseri-seri mungkin kerana penangan cintadaripada kekasih hati, Nur Iman Tang.
Namun, Nasha bagaikan mahu menempelak apabila diajukan soalantentang Iman lebih-lebih lagi tentang bilakah dia dan pemuda cina yangtelah menganut agama Islam pada Ramadhan tahun lalu itu akan disatukandengan ikatan yang sah.
Biarlah apa pun persoalan yang sedang bermain di fikiran sekarang,Nasha tetap enggan bercakap banyak kerana setiap soalan mengenai diadan Iman Tang sepatutnya diajukan kepada pemuda itu jua.
“Saya rasa tak adil untuk bercerita tentang matlamat kedua(perkahwinan) bagi pihaknya kerana sepatutnya kita kena bercakap soalini dengan dia (Iman Tang),” jawab wanita berusia 39 tahun ini.
Namun, Nasha akui yang dirinya sama seperti wanita lain yangmenyimpan hasrat untuk berkahwin cuma belum tahu bila tarikh keramatitu akan berlangsung.

Bila La Nak Kahwin Tue Nasha,Jangan tunggu lama-lama Iman nanti bunga di ambil orang,Sedangkan tunang orang diambil orang apatah lagi bini orang :P betul tak u alls..

Ogos 05, 2009

(Gambar) Nasha Aziz Yang Terbaru !!!


lama Juga Tak Dengar Cerita Celebrity Comel Kita ni,Sebelum ini Gossip Hangat Nasha Dengan Seorang Muallaf..Lepas tu kisah anak angkat Nasha..Dah TU senyap.
sinar Nasha Kembali Apabila Program Anak Wayang Di Astro ke udara..Nasha nampak comel and cute dalam tu..Mesti ada yang nak hantar pinangan melihat kemulusan dan keayuan Nasha Dalam Program Anak Wayang..Putih Melepak.. Heheheh Apa pun layan la gambar terbaru Nasha Kat Bawah ni..Layanzzzz




April 22, 2009

(GAMBAR LAMA)Nasha Aziz Dan Ning Baizura


Takder idea nak tulis apa. Layan ajer 2 keping gambar Ning Baizura dan Nasha Aziz yang sedang bergembira.

Mungkin kesimpulan yang boleh dibuat ialah, tak kira kerja apa anda buat, hidup mesti GEMBIRA.

Sekeping lagi gambar Nasha Aziz dan Ning Baizura boleh dilihat dengan membaca artikel ini sepenuhnya.