Oktober 10, 2009

(Gossip) Nasha Aziz Bayar RM 10,000 Kepada Ayah !!!!


Mahkamah Tinggi KL (9/10) memerintahkan aktres dan model Nasha Aziz membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya, Abdul Aziz Mohd Ali, dalam kes saman fitnah yang difailkan bapanya terhadapnya. Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Abdul Aziz bagi membuat penghakiman selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes itu Rabu lepas...



Baca Selanjutnya

Bagaimanapun, Nasha hadir ke mahkamah tanpa peguam yang mewakilinya dalam kes itu, Rashid Mokhtar. Hakim Abdul Wahab juga memerintahkan Nasha membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya dari tarikh saman difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman itu.

Beliau bagaimanapun tidak memberi ganti rugi tambahan seperti yang diminta oleh Abdul Aziz kerana saman itu melibatkan perkara dalam keluarga. Hakim Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata beliau mendapati Abdul Aziz selaku plaintif berjaya membuktikan dia telah difitnah oleh Nasha selaku defendan apabila Nasha dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 24 Okt 2004, menyatakan dia (Nasha) hanya mempunyai seorang ayah sahaja.

Hakim Abdul Wahab berkata mahkamah menerima pernyataan tuntutan Abdul Aziz bahawa akibat perkataan itu, Abdul Aziz telah dipandang rendah dan dikatakan berbohong bahawa Nasha itu adalah anak kandungnya. Abdul Aziz, 61, seorang guru silat, yang hadir di mahkamah, mengemukakan saman terhadap Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya

Zoom Komen: RM10,000 kah harga sebuah pertalian darah !!!! Kadang2 zoom terfikir kenapalah jadi sampai sedemikian rupa.Sedangkan Binatang sanggup menjaga anak walaupun dalam kelaparan dan kekurangan.Inikan kita manusia yang dicipta sebaik-baiknya..!!! Sama-samalah kita fikir-fikirkannya...Apa Komen Anda ?