Memaparkan catatan dengan label VE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VE. Papar semua catatan

Mac 05, 2010

(Cerita Artis) Damian dikenali selepas konterversi kahwin !!!


Zoom pun tak kenal siapakah Damian sebelum ini, tetapi kerana konterversi yang dicetuskan oleh dia dan pasangannya membuatkan satu Malaysia mengenalinya.Ikuti luahan anak muda ini mengenai kisahnya yang penuh   dengan dugaan.


Walaupun sedar dia dianiya, Damian mengakui dia lebih tabah dan yakin untuk menghadapi setiap dugaan itu dan bersikap profesional.
"Saya kenal orang yang memburuk-burukkan saya itu kerana dia merupakan kawan saya sendiri.
"Dia sebenarnya sengaja menabur fitnah dengan menyampaikan cerita-cerita yang tidak betul untuk menjatuhkan nama saya.
"Lelaki tersebut cemburu dengan saya kerana dia sebenarnya turut menaruh hati dengan (perempuan itu) isteri saya sekarang. Dia cakap saya berhutang dan tidak bayar, semua orang boleh bercakap. Tapi kalau betul, kenapa dia tidak mengambil tindakan undang-undang.
"Selepas kejadian itu, dia seringkali lari daripada bertembung dengan saya. Saya rasa tidak perlu saya layan orang seperti itu, mungkin dia mempunyai masalah mental," ujarnya bergurau.
Bercerita mengenai hubungan perkahwinannya yang dibina dengan Nadia Dayana Mohd Yahya, 21. Damian yang masih berahsia mengakui dia kini bahagia dan sokongan daripada keluarga membuatkannya lebih kuat untuk menghadapi dugaan.
"Saya terharu dengan sokongan keluarga, mereka semua kenal siapa saya dan tahu saya di pihak yang benar.
"Kini saya hanya mendekatkan diri dengan Allah, saya mahukan ketenangan. Sebagai seorang muslim, tidak perlu rasanya untuk saya melatah hanya kerana perkara itu.
"Hubungan kedua-dua belah keluarga tidak ada masalah, saya tidak mahu bercerita kebaikan ataupun sebaliknya mengenai keluarga, " kata anak kelahiran Segamat, Johor itu.
Zoom: Apa kata anda ?

Jun 27, 2009

(Gossip) GRO Punca Mahligai Cham VE Bergolak ??

Selepas kisah penceraian Nora Danish dan Toh Muda Rizal serta kisah penceraian Beego dan Intan, kini timbul pula isu penceraian Cham VE atau nama sebenarnya, Charma Adizalilullah Abdul Khalil. Mengikut kata Budiey, punca hubungan rumah tangga Cham berkecai akibat kehadiran orang ketiga yang dikatakan seorang GRO.

Ceritanya, apabila isteri Cham, Kiki Karmila mendapat tahu yang Cham ada hubungan dengan seorang GRO dan pernah melihat dan menangkap mereka sedang bersama. Ini berlaku ketika Kiki dalam pantang.




Gambar-gambar diatas telah dijumpai oleh Budiey oleh kerana gambar tersebut telah tersebar luas melalui email dan internet.