Zoom pun tak kenal siapakah Damian sebelum ini, tetapi kerana konterversi yang dicetuskan oleh dia dan pasangannya membuatkan satu Malaysia mengenalinya.Ikuti luahan anak muda ini mengenai kisahnya yang penuh dengan dugaan.
Walaupun sedar dia dianiya, Damian mengakui dia lebih tabah dan yakin untuk menghadapi setiap dugaan itu dan bersikap profesional.
"Saya kenal orang yang memburuk-burukkan saya itu kerana dia merupakan kawan saya sendiri.
"Dia sebenarnya sengaja menabur fitnah dengan menyampaikan cerita-cerita yang tidak betul untuk menjatuhkan nama saya.
"Lelaki tersebut cemburu dengan saya kerana dia sebenarnya turut menaruh hati dengan (perempuan itu) isteri saya sekarang. Dia cakap saya berhutang dan tidak bayar, semua orang boleh bercakap. Tapi kalau betul, kenapa dia tidak mengambil tindakan undang-undang.
"Selepas kejadian itu, dia seringkali lari daripada bertembung dengan saya. Saya rasa tidak perlu saya layan orang seperti itu, mungkin dia mempunyai masalah mental," ujarnya bergurau.
Bercerita mengenai hubungan perkahwinannya yang dibina dengan Nadia Dayana Mohd Yahya, 21. Damian yang masih berahsia mengakui dia kini bahagia dan sokongan daripada keluarga membuatkannya lebih kuat untuk menghadapi dugaan.
"Saya terharu dengan sokongan keluarga, mereka semua kenal siapa saya dan tahu saya di pihak yang benar.
"Kini saya hanya mendekatkan diri dengan Allah, saya mahukan ketenangan. Sebagai seorang muslim, tidak perlu rasanya untuk saya melatah hanya kerana perkara itu.
"Hubungan kedua-dua belah keluarga tidak ada masalah, saya tidak mahu bercerita kebaikan ataupun sebaliknya mengenai keluarga, " kata anak kelahiran Segamat, Johor itu.
Zoom: Apa kata anda ?