Mac 05, 2010

(Cerita Artis) Syamsul menangis di Majlis Pratonton 'KL Drift 2"

Inilah yang dinamankan air mata sedih dalam gembira, begitu susah anda melihat air mata seseorang insan yang dilahirkan sebagai lelaki mengalirkan air mata.Apatah lagi diKhalayak ramai, namun inilah lumrah dunia tanpa disedari anak Pengarah dan pelakon terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam sebak dan gembira apabila si ayah memberi kata perangsang dan dorongan untuk menceburi bidang yang diminatinya.

"Terus terang saya katakan, saya sebak dan terharu apabila mendengar ucapan papa (Yusof Haslam) tentang kepercayaan dan sokongannya terhadap saya.

"Walaupun ketika bekerja kami sering bertentangan pendapat, tapi papa sentiasa memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berkarya dengan bebas.

"Sokongan itu bagaikan pemangkin semangat buat saya untuk terus bekerja keras dan menghasilkan filem yang lebih bermutu di masa hadapan," ujar Syamsul dalam nada yang tersekat-sekat sambil mengawal emosi.
Syamsul yang memanjatkan kesyukuran atas restu dan sokongan berterusan daripada ibu bapanya turut berjanji untuk mengarahkan tiga buah filem lagi dalam tahun ini. Filem terbarunya, Khurafat baru sahaja menamatkan penggambarannya, baru-baru ini.

"Insya'Allah, saya akan buat tiga filem dalam tahun ini. Itu matlamat saya. Filem seram pertama saya, Khurafat baru sahaja selesai penggambaran. Saya mensasarkan untuk buat dua lagi filem tahun ini," katanya.

Zoom: Semoga anda menjadi pelapis kepada si ayah yang banyak berjasa kepada industri seni tanah air kita...Apa kata anda ?