Selepas kisah penceraian Nora Danish dan Toh Muda Rizal serta kisah penceraian Beego dan Intan, kini timbul pula isu penceraian Cham VE atau nama sebenarnya, Charma Adizalilullah Abdul Khalil. Mengikut kata Budiey, punca hubungan rumah tangga Cham berkecai akibat kehadiran orang ketiga yang dikatakan seorang GRO.
Ceritanya, apabila isteri Cham, Kiki Karmila mendapat tahu yang Cham ada hubungan dengan seorang GRO dan pernah melihat dan menangkap mereka sedang bersama. Ini berlaku ketika Kiki dalam pantang.
Gambar-gambar diatas telah dijumpai oleh Budiey oleh kerana gambar tersebut telah tersebar luas melalui email dan internet.