Memaparkan catatan dengan label Tizz Zaqyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tizz Zaqyah. Papar semua catatan

Julai 14, 2011

Menonton Filem Nur Kasih Hanya RM10 di laman web Tonton.com.my

Laman web www.tonton.com.my semakin diminati ramai dengan pelbagai promosi dan strategi yang pihak pemasaran dan crew bagi memantapkan lagi industri mereka terutamanya berkenaan dengan filem atau drama di Malaysia.

Berita terbaru yang ZoOM baca mengenai filem Nur Kasih The Movie kini boleh ditonton hanya dengan membayar RM10 dan menonton di link berikut www.tonton.com.my/nurkasihthemovie .

Bagi anda yang mungkin tidak mempunyai masa untuk menonton filem Nur Kasih ini, sudah pasti tidak akan tertinggal dibelakang dengan kehadiran web tonton ini.

Apa kata anda mengenai blog tonton ini ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 11, 2011

Motor Ducati Remy Ishak

Boleh tahan juga si Paparazi ni sampai gambar motor pun dia sempat ambil dek kerana minat dekat Remy Ishak atau nama pendek beliau RI menurut si kaki info. Bukan si RI yang ingi ZOoM hebahkan tetapi motor DUCATI yang semangnya menjadi impian ZOoM ingin memiliki, tapi apakan daya kereta motor YAMAHA juga yang ku beli....

Setelah kekasih YAMAHA ZOoM habis bayar...Kereta HONDA jugaaa yang ku beli... niat hati memang nak beli motor besar, tetapi dek kerana masih banyak benda penting yang perlu dibeli,  ku lepaskan ia menjadi kenangan.

Februari 26, 2010

(Gossip) Tizz Zaqyah menafikan beliau minum dan merokok !!!


Nampaknya gossip Tizz Zaqyah dah masuk "Paper" hari ini, kisah beliau merokok semasa penggambaran sedang hangat diperkatakan di semua laman sesawang di Malaysia.

Setahu Zoom gossip ini ditimbulkan oleh seorang Penulis di laman Forum terkenal di Malaysia, kisah Tizz berlanjutan sehingga hari ini.

Zoom pun tak tahu siapa benar dan siapa tak, sebab papa dan mamarazi di luar sana ada berjuta-juta.Tetapi gossip yang datang Zoom yakin 70 % betul.

Apa kata anda mengenai Tizz ini ? Berikut luahan artis Nur kasih ini mengenai Tekanan yang beliau hadapi ketika ini..:-


"Sebagai seorang manusia sudah tentulah saya ada hati dan perasaan, saya rasa tertekan akhir-akhir ni banyak cerita buruk tentang saya.
"Saya dilihat sebagai gadis yang liar dan nakal, orang seperti mencari silap saya. Apa yang saya boleh lakukan hanyalah bersabar dan tidak ambil peduli hal tersebut.
"Saya yakin jika perkara itu tidak benar lama-lama orang akan senyap, jadi saya hanya meneruskan hidup saya seperti biasa," ujarnya.
Menurut Tiz lagi keluarganya turut memberi sokongan moral dalam menghadapi segala kontroversi ini.
"Sejak keluar cerita-cerita fasal saya di akhbar, keluarga ada yang bertanya namun mereka semua tahu dan faham situasi saya.
"Mereka hanya beri kata-kata semangat dan sokongan kepada saya. Saya tahu hidup sebagai artis jadi saya tidak akan cepat melatah," ujarnya.
Dalam pada itu, dia tidak menafikan segelintir masyarakat yang mahu dirinya menjadi Nur Amina seperti di drama Nur Kasih ketika berada di luar, malah ada yang mahu dia terus membawakan watak-watak perempuan solehah.

Januari 22, 2010

(Cerita Artis) Tiz Zaqyah Semakin Menawan Tanpa Tudung



Kemunculan sulung Tiz Zaqyah di Nur Kasih yang mencecah hampir 5 juta penonton sehari mengangkat namanya setaraf dengan artis-artis lain. Nur Kasih yang sudah selesai beberapa hari lepas kini menunjukkan hasil yang begitu mengujakan. Tiz Zaqyah pula makin menawan dan anggun dengan tudungnya yang dalam Nur Kasih sudah hilang. Mungkin ini penampilan sebenar Tiz, lebih selesa dengan tanpa memakai tudung.Malahan sekarang ini ramai pengarah mula melihat dan ingin melamar Tizz dalam drama atau filem mereka..!!



Baca Selanjutnya




Zoom: Apa kata anda mengenai penampilan terbaru dari Tizz ini !?

1- Sexy
2- Comel
3- Over
4- Sesuai
5- Lebih sesuai bertudung ?

Januari 01, 2010

(Cerita Artis) Pandangan Tiz Zaqyah Terhadap Lelaki


Semalam dalam Melody terhangat di TV3 Zoom sempat melihat dan mendengar temuramah elly dengan pelakon Nur Kasih. Walaupun Tiz Zaqyah tidak dapat datang kerana berada si Singapura bersama keluarga, namun beliau masih sempat membuat ucapan melalui rakaman video.!!

kisah terbaru artis yang tengah meletup dek kerana drama Nur Kasih ini ialah komen beliau mengenai lelaki dari preksepsi beliau...Mari kita ZoOOOm.!!!!



Baca Selanjutnya

Pandangan tentang lelaki kini?
Saya berpendapat lelaki kini berfikiran sangat terbuka, mudah diajak berbincang, mempunyai wawasan dan bersemangat tinggi. Ini menjadikan mereka lebih matang untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sifat lelaki yang anda sukai?
Sudah pasti seorang yang simple, boleh memimpin, mempunyai karakter yang positif dan saya menyukai lelaki yang agak konvensional dan tradisional.

Lelaki yang bagaimana anda tidak gemari?
Seorang yang tidak berpendirian dan tiada pegangan hidup bukan lelaki yang menjadi pilihan saya. Mereka perlu berani dan bertanggunjawab!

Tarikan fizikal pada lelaki?
(Sambil tersenyum) Saya suka lelaki yang berwajah manis, mempunyai bentuk tubuh yang mantap, sawo matang, tinggi dan botak. Saya tidak suka lelaki berambut panjang.

Fesyen lelaki pilihan?
Saya suka lelaki dengan t-shirt, jeans,sneakers dan gaya ranggi.

Komen anda memilih lelaki yang lebih muda sebagai teman hidup?
Lelaki yang lebih muda bukanlah pilihan jika saya ingin mencari teman hidup. Ini adalah kerana saya menggemari seorang yang lebih matang. Bagi diri ini, saya perlukan seorang yang boleh menjadi pemimpin dan bukan saya yang perlu menguruskan segala hal. Setidaknya, lelaki itu perlulah bezanya dari dua hingga lima tahun dari saya. Tidak terlalu tua..

Warna seksi bagi anda dan lelaki?
Saya menggemari warna hitam kerana ia kelihatan seksi dan elegan.


Apa Kata anda di ZoOmartis?

Disember 25, 2009

(Gossip) Gambar sexy terbaru Tiz Zaqyah di majalah Intrend




Sudah acap kali ZoOm "upload" gambar seksi Tiz pelakon Nur Kasih yang meletup-letup sebelum ini, tak kurang hebatnya drama tersebut di luar set lakonan. Gossip keseksian Tiz yang mengenakan baju melekat di badan dan menampakkan asset wanita, dan kes Remy Ishak yang memukul Ummi Nazeera. Satu gandingan yang mantap dan sempurna menyebabkan Rating dan minat penonton dan pembaca ingin mengetahui lebih mendalam kisah pelakon Drama Nur Kasih..apa kata anda mengenai gambar ini ?



Baca Selanjutnya


Ogos 09, 2009

(Gambar) Pelakon "Kasih Nur" Remy Dan Tizz Over !!


Apa Nak JAdi MASa ni..Kalau bergambar untuk paper atau majalan mesti berpegang2 walaupun bukan muhrim..Tak tau nak kata apa mungkin disebabkan juru kamera tu yang suruh macam tue or director ker..Ntah la Sebab Zoom Pun tak arif bab ni..Apa PUn u alls layan la gambar caring pelakon yang tengah meletopp kat Tv3 ni..Walauapapun gossipnyer Tahniah Diucapkan kepada pelakon berdua ini sebab berjaya manjayakan lakonan dalam drama Nur Kasih..