Semalam dalam Melody terhangat di TV3 Zoom sempat melihat dan mendengar temuramah elly dengan pelakon Nur Kasih. Walaupun Tiz Zaqyah tidak dapat datang kerana berada si Singapura bersama keluarga, namun beliau masih sempat membuat ucapan melalui rakaman video.!!
kisah terbaru artis yang tengah meletup dek kerana drama Nur Kasih ini ialah komen beliau mengenai lelaki dari preksepsi beliau...Mari kita ZoOOOm.!!!!
Baca Selanjutnya
Pandangan tentang lelaki kini?
Saya berpendapat lelaki kini berfikiran sangat terbuka, mudah diajak berbincang, mempunyai wawasan dan bersemangat tinggi. Ini menjadikan mereka lebih matang untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Sifat lelaki yang anda sukai?
Sudah pasti seorang yang simple, boleh memimpin, mempunyai karakter yang positif dan saya menyukai lelaki yang agak konvensional dan tradisional.
Lelaki yang bagaimana anda tidak gemari?
Seorang yang tidak berpendirian dan tiada pegangan hidup bukan lelaki yang menjadi pilihan saya. Mereka perlu berani dan bertanggunjawab!
Tarikan fizikal pada lelaki?
(Sambil tersenyum) Saya suka lelaki yang berwajah manis, mempunyai bentuk tubuh yang mantap, sawo matang, tinggi dan botak. Saya tidak suka lelaki berambut panjang.
Fesyen lelaki pilihan?
Saya suka lelaki dengan t-shirt, jeans,sneakers dan gaya ranggi.
Komen anda memilih lelaki yang lebih muda sebagai teman hidup?
Lelaki yang lebih muda bukanlah pilihan jika saya ingin mencari teman hidup. Ini adalah kerana saya menggemari seorang yang lebih matang. Bagi diri ini, saya perlukan seorang yang boleh menjadi pemimpin dan bukan saya yang perlu menguruskan segala hal. Setidaknya, lelaki itu perlulah bezanya dari dua hingga lima tahun dari saya. Tidak terlalu tua..
Warna seksi bagi anda dan lelaki?
Saya menggemari warna hitam kerana ia kelihatan seksi dan elegan.
Apa Kata anda di ZoOmartis?