Memaparkan catatan dengan label Norish Karman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Norish Karman. Papar semua catatan

Julai 30, 2012

HOT : Jawapan Norish Karman Mengenai Gossip Gambar Lahirkan Anak

Ramai daripada kalangan pihak media mencari Norish Karman (NK) sejak penyebaran gambar kontroversi yang dikatakan menyerupai wajahnya. Kalau adapun reaksi daripadanya, hanya kenyataan pendek yang dikirim menerusi SMS kepada media. Ini sebenarnya tidak cukup dan sekali gus membuatkan ramai pihak tertanya-tanya kesahihan cerita sebenar. Namun, aktres kelahiran Singapura ini lebih selesa memilih berdiam diri.

Bagaimanapun, kehadirannya sebagai artis undangan pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Bukit Jalil Golf & Country Resort, baru-baru ini digunakan sebaik mungkin untuk mencungkil cerita sebenar yang berlaku.

“Saya tak nak jawab,” katanya yang terus memandang ke arah lain sebaik mendengar soalan diajukan .

Namun apabila Rap(HM)  tidak berputus asa meminta jawapan, barulah Norish sudi membuka mulut memberikan komen.

September 16, 2010

Norish Karman Sudah Ada Kekasih Baru

Ini komen beliau mengenai si jejaka yang dapat mencuit hatinya,
"Saya mempunyai seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Bagaimanapun, saya fokus pada karier saya," kata Norish

Oktober 20, 2009

(Gossip) Statement Norish Karman " Bukan Kaki Kikis Harta"




Dibawah ni "statement" Norish ditemubual oleh wartawan semalam, renung-renungkanla seorang isteri dan suami yang menuntut harta sepencarian..!! Janngan hanya fikir dan tahu masalah keluarga orang lain, terutamanya si insan bernama isteri...!!!!



Baca Selanjutnya

Mahkamah menolak tuntutan harta sepencarian Norish ekoran ia sepatutnya disertakan bukti-bukti pemilikan. Antara harta sepencarian termasuk kondominium, rumah, saham dan kereta.

"Saya bukan seorang isteri yang mengikis. Saya isteri yang terlalu mempercayai suami sehingga tidak ambil tahu tentang geran tanah dan rumah mana. Memang saya tidak ada semua dokumen itu.

"Jadi memang tak semak atau menyimpan dokumen-dokumen itu kerana saya tidak sangka satu hari nanti saya akan bercerai.

"Saya memang tak ada semua itu. Kalau meminta semua bukti itu, hampir mustahil untuk saya mendapatkannya," kata Norish.

Menurut pelakon drama 'Kasut Tumit Tinggi', apa yang dicarinya kini ialah suatu kehidupan yang sempurna bersama anak-anaknya.

Norish bernikah dengan Hashimuddin, 60, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1998 di Perlis.

Mereka bercerai secara rasmi pada 15 Julai tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haqiem Armany, 9; Hardy Amieran, 5; dan Putri Hanyz Amanda, 4.

Zoom Komen: Semoga anak-anak Norish dan Hashimuddin ni tidak terganggu dengan masalah kedua-dua orang tua mereka. Apa Komen Anda !!?


Oktober 16, 2009

(Cerita Artis) Watak Qistina Spa Q sesuai untuk Siti Nurhaliza - Azizah Mahzan !!!


WATAK Qistina yang 'dikosongkan' oleh aktres Norish Karman, dalam drama bersiri Spa Q masih menjadi teka-teki.

Pihak produksi juga masih merahsiakan perkara ini hinggakan aktres handalan Azizah Mahzan sendiri turut terkesan dengan persoalan siapakah yang akan membawa watak Qistina pada musim baru ini.

"Semuanya begitu rahsia. Saya pun teruja nak tau tapi setakat ini masih kabur lagi," jelas aktres versatil yang membawa watak sahabat Qistina bernama Marlia selama 2 musim.



Baca Selanjutnya

Menurut firasat Azizah, besar kemungkinan watak itu akan diberikan kepada pelakon Sofea Jane.

"Tetapi kalau tanya saya, saya rasa watak Qistina itu sesuai dibawa oleh Datuk Siti Nurhaliza kerana dia ada kekuatan yang diperlukan oleh watak itu," kata janda anak satu ini.

Dua aktres yang pernah dilanda kontroversi, Fasha Sandha dan Nora Danish dilaporkan akan membintangi drama Spa Q musim baru yang akan diarahkan oleh Zul Arshad. Namun apa pun tarikan yang akan diberi musim ini, aktres yang selalu vokal dengan pandangannya ini, mengaku yang dia masih belum membuat sebarang keputusan untuk menerima atau menolak tawaran Spa Q.

Skrip mendatar dan tidak berwarna menjadikan dia berada dalam keadaan yang serba salah.

"Saya sudahpun diberikan skrip Spa Q 3. Sekarang ni saya buntu nak terima atau tidak. Kalau saya terima, saya kena fikir cara bagaimana untuk memberi feel kepada karektor saya Marlia yang sungguh mendatar dan boring itu," jelas Azizah yang pernah berbincang dengan penulis skrip Rina Khan.

Namun, kata Azizah, penerimaan Rina setelah diberikan idea, tidak begitu memberangsangkan.

Azizah akui, sebelum ini memang dia pernah cakap yang dia tidak mahu terima lagi tawaran Spa Q untuk musim baru.

"Bukannya saya jual mahal tapi saya macam dah tawar hati hendak teruskan dengan watak Marlia ini.

"Masalahnya, saya ni jenis tak sampai hati. Bila produser Global Station Sdn Bhd, Kak Ton (Zaiton Mohd Jiwa) pujuk, saya jadi lemah....," kata aktres yang selalu diberi watak berkarektor.

Jelas aktres yang pernah berkahwin dengan aktor Nasir Bilal Khan selama 3 bulan sahaja, dia menjadi hairan kenapa perkembangan watak Marlia begitu bodoh sekali dan ada ketika langsung tidak masuk akal.

"Ini membuat kerja saya bertambah sukar. Saya perlu bekerja dengan lebih keras untuk keluarkan karektor Marlia.

"Yang kelakar tu, sepatutnya membawa watak yang berusia dalam lingkungan 47 atau 48 tahun. Saya jadi hairan bila watak saya ada baby kononnya selepas dirogol oleh suami saya (lakonan Zaefrul)," kata Azizah.

Keputusan untuk menerima tawaran menjadi Marlia buat musim ketiga ternyata adalah sukar untuk Azizah.

"I dont want to look stupid on screen (Saya tidak mahu kelihatan bodoh di layar TV). Sebenarnya saya tidak kisah pun kalau saya disingkir kerana watak saya sudah tidak relevan itu," kata aktres kelahiran Johor Baharu.

Azizah dengan jujurnya mengaku yang dia berasa sedikit bersalah kerana disebabkan kenyataannya yang tidak mahu berlakon dengan Zaefrul, aktor itu digugurkan. Dan kini, dia pula hendak menarik diri.

Drama Spa Q musim baru akan disiarkan di Astro tidak lama lagi dan bukan di TV3 seperti dua musim dulu.

"Saya berterima kasih kerana pihak produser dan Astro masih memberi pilihan kepada saya untuk berlakon atau tidak dalam drama ini. Tengoklah macam mana nanti," kata Azizah.

Info : Mstar

Zoom Komen : Sesuai Ke Dato CT Jadi Qistina mengantikan Norish Karman, Kalau Sofea Jane Mungkin kot, sebab Sofea dah ada banyak pengalaman dalam industri Lakonan.Mungkin boleh jadi juga sebab kata orang " Manakan tau salam sungai Tenang tak ada Buaya" Mungkin Dato CT ada Talent dalam dunia lakonan, siapa tau...Sama-sama kita tunggu dan lihat teka-teki drama Spa Q ni..!! Zoom pun nak tengok Dato CT berlakon..!! MAwii dah...!!! APA komen anda !!??

Julai 10, 2009

Norish Karman Dan Teman Lelaki Berpeluk Cium Di Tempat Awam?


Ramai yang sudah pasti terbaca atau terdengar berita tentang Norish Karman yang kini sedang berpacaran dengan seorang jejaka kacukan yang lebih muda darinya setelah bercerai dengan suaminya, sembilan bulan lalu. Pria itu dikatakan abang Faradhiya, Luqman Mohamed Amir.


Di dalam akhbar Harian Metro hari ini, ibu kepada tiga anak muda ini, menjelaskan perhubungannya dengan Luqman hanya sebagai “teman istimewa”.

Sudah lama saling mengenali – keluarga Luqman juga rapat dengannya serta memahami kesusahannya sebagai ibu tunggal; anak-anaknya pun baik dengan jejaka berusia 27 tahun itu – Norish memberitahu Luqman lelaki baik yang banyak menyokong dan membantunya.

Menurutnya, dia sering keluar dengan rakan-rakan lelaki lain tetapi perhubungannya dengan Luqman yang lebih mendapat perhatian. Tentang isu mereka sentiasa kelihatan bersama untuk majlis-majlis, Norish memberitahu seringkali mereka keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Namun untuk majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 tempoh hari, hanya dua tiket yang berjaya diperolehinya.

Dan mengenai gosip yang dia dan Luqman “berpeluk manja” dan “berciuman bertubi-tubi” ketika showcase Anggun tempoh hari, Norish menjawab, “Kami bukan pasangan remaja tetapi sudah dewasa dan matang. Takkan kami buat perkara tidak senonoh di tempat terbuka dan ramai orang. Lagipun saya ada anak-anak.