Memaparkan catatan dengan label Anak Wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak Wayang. Papar semua catatan

Oktober 29, 2009

(Gossip) Rizman Cuba berlakon watak "Pondan" !!!!


Riezman melakonkan watak lelaki lembut bernama Adi menerusi drama 13 episod ‘Jodoh Oh Jodoh’ yang akan ditayangkan di Astro Warna mulai 6 Januari depan.

“Dalam cerita itu, saya berlakon sebagai pemilik kafe, Island Red Cafe yang suka mendengar masalah dan berbual dengan lima andartu yang bekerjaya





Baca Selanjutnya

“Ini merupakan kali pertama saya berlakon sebagai lelaki lembut. Semua watak saya dah lakonkan sejak 20 tahun lalu.

“Jadi, kali ini saya terfikir untuk membuat kelainan sedikit tetapi saya tidak boleh buat lebih-lebih sangat sehingga menyerupai sifat wanita,” kata pelakon popular drama ini.

Selain drama, Riezman juga pernah berlakon filem seperti ‘Congkak’, ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys’ (tayang bulan November), ‘Santau’ (Disember) dan ‘Sepi’.

Baginya, bukan mudah untuk melakonkan watak ‘pondan’ walaupun dirinya berminat untuk mencuba watak itu.

“Watak ‘pondan’ memang sengaja dipilih kerana saya merupakan penerbit eksekutif drama ‘Jodoh Oh Jodoh’.

“Jadi, cerita yang saya lakonkan datang dari idea sendiri. Tetapi watak ini memang mencabar tetapi saya cuba mengurangkan rasa kekok itu dengan memerhatikan gaya dan cara berjalan jurusolek artis.

“Insya-Allah, cerita ini akan siap menjalani proses suntingan pada bulan November depan,” katanya yang bekerja di syarikat produksi Endemol South East Asia Sdn Bhd yang bertapak di Holland.

Zoom Komen: INi antara petikan dari akhbar online Mstar hari ini, Tak tau la macam mana rupa Rizman apabila berlakon watak lembut ni, tapi nampak gaya memang boleh dijiwai oleh beliau. Sedangkan Awei yang berbadan sasa tu pun boleh berlakon watak 'Pondan' inikan pula Rizman yang mempunyai banyak pengalaman berlakon. Apa Kata Anda !!!? komen lahh k..!!!?

Julai 31, 2009

(Anak Wayang) Siapa Juara Sulung Program Ini ?


DEBARAN Hafiz (kiri) dan Hairi (tengah) ketika menanti keputusan diumumkan ke peringkat akhir

Kini, kemuncaknya telah tiba. Hanya dua peserta iaitu Mohd Hairi Safwan Aznan atau lebih dikenali sebagai Hairi, 21, dan Hafiz Halim atau Hafiz, 21, akan mencuba nasib mereka.
Mereka bakal berentap di pentas akhir Anak Wayang yang bakal berlangsung di Dewan B, Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada pukul 10 malam ini.

Episod akhir (episod ke 50) siri Kerana Cintamu bakal disiarkan pada pukul 9 malam pada hari yang sama di Astro Prima.
Baik Hairi mahupun Hafiz kedua-duanya mempunyai bakat dan kelebihan tersendiri yang melayakkan mereka bergelar juara.

Hadiah-hadiah yang bakal dibawa pulang oleh juara Anak Wayang termasuklah sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, wang tunai RM10,000, tawaran berlakon 60 siri drama di Astro.

Juara turut menerima dua tiket penerbangan ke Los Angeles, kamera Canon model FS21, rawatan kecantikan di Aster Spring selama setahun serta trofi.

Manakala naib juara pula bakal menerima wang tunai RM5,000, TV LCD 42 inci, kamera Canon model DC420 serta trofi.

Pertandingan akhir ditentukan 100 peratus undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.

U alls Rasa-rasa la siapa yang bakal Juara Program Realiti (Anak WAyang)..Zoom Kesian Kat Naib Juara jauh giler Kereta dan TV :P nak buat macam mana Dah bukan juara..

Julai 23, 2009

(Gossip) Dayana Anak Wayang Kena Raba Punggung !!!



“Saya mengaku sewaktu menonton konsert itu, saya telah berpakaian agak seksi. Saya sebenarnya tidak tahu pun kedatangan saya ke konsert itu akan dirakamkan untuk Anak Wayang.

“Sebenarnya, waktu kejadian itu saya sangat terkejut. Ketika saya sedang asyik tengok konsert dengan beberapa lagi rakan Anak Wayang, tiba-tiba seorang lelaki yang tak dikenali muncul di belakang saya dan terus meraba punggung saya!

“Saya terus jadi tergamam dengan sikap lelaki itu yang kemudiannya terus menghilang dari situ. Saya rasa dia bukan orang sini, yakni warganegara luar. Cuma saya nak tegaskan di sini, perbuatan itu bukanlah dibuat oleh rakan saya seperti yang digosipkan,” jelasnya yang akan berhati-hati apabila berada di khalayak ramai termasuk cara berpakaian.


Zoom Comment : Harap-haraplah Ia akan menjadi pengajaran buat Dayana Anak Wayang ini,Artis2 dan awek2s kat luar tu pun sama la amik iktibar sikit kalau berada di khalayak ramai..Seksi pun jangan la Over sangat..Seksi tu boleh tapi masa dengan suami atau dalam bilik je ... hahahahahahahahaahaa betul tak u Alls ?