Riezman melakonkan watak lelaki lembut bernama Adi menerusi drama 13 episod ‘Jodoh Oh Jodoh’ yang akan ditayangkan di Astro Warna mulai 6 Januari depan.
“Dalam cerita itu, saya berlakon sebagai pemilik kafe, Island Red Cafe yang suka mendengar masalah dan berbual dengan lima andartu yang bekerjaya
Baca Selanjutnya
“Ini merupakan kali pertama saya berlakon sebagai lelaki lembut. Semua watak saya dah lakonkan sejak 20 tahun lalu.
“Jadi, kali ini saya terfikir untuk membuat kelainan sedikit tetapi saya tidak boleh buat lebih-lebih sangat sehingga menyerupai sifat wanita,” kata pelakon popular drama ini.
Selain drama, Riezman juga pernah berlakon filem seperti ‘Congkak’, ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys’ (tayang bulan November), ‘Santau’ (Disember) dan ‘Sepi’.
Baginya, bukan mudah untuk melakonkan watak ‘pondan’ walaupun dirinya berminat untuk mencuba watak itu.
“Watak ‘pondan’ memang sengaja dipilih kerana saya merupakan penerbit eksekutif drama ‘Jodoh Oh Jodoh’.
“Jadi, cerita yang saya lakonkan datang dari idea sendiri. Tetapi watak ini memang mencabar tetapi saya cuba mengurangkan rasa kekok itu dengan memerhatikan gaya dan cara berjalan jurusolek artis.
“Insya-Allah, cerita ini akan siap menjalani proses suntingan pada bulan November depan,” katanya yang bekerja di syarikat produksi Endemol South East Asia Sdn Bhd yang bertapak di Holland.
Zoom Komen: INi antara petikan dari akhbar online Mstar hari ini, Tak tau la macam mana rupa Rizman apabila berlakon watak lembut ni, tapi nampak gaya memang boleh dijiwai oleh beliau. Sedangkan Awei yang berbadan sasa tu pun boleh berlakon watak 'Pondan' inikan pula Rizman yang mempunyai banyak pengalaman berlakon. Apa Kata Anda !!!? komen lahh k..!!!?