Ikuti luahan si ayah mengenai pencarian seorang isteri yang boleh menjaga anak-anaknya...
"Mereka mahu ibu yang tidak terlalu cerewet atau mengongkong mereka. Maksudnya, Al, El dan Dul mahukan ibu yang rock n roll," ujar Dhani ketika ditemui selepas program Dahsyat di Studio RCTI, Jakarta Barat semalam.
Namun Dhani mengaku tidak mahu terburu-buru menentukan pilihan. Ketika ini ketiga-tiga puteranya juga masih selesa tinggal bersama ayahnya.
"Sebenarnya mereka memang memerlukan seorang ibu walaupun mereka masih baik-baik saja di rumah," jelas Dhani.