Mei 27, 2010

Suami Sandra Bullock Masuk Pusat Pemulihan Seks !!!

Inilah Zaman Moden, Pusat pemulihan Seks pun ada di Hollywood, macam-macam pusat pemullihan yang ada.Kalau di Malaysia bukan pusat tapi penjara yang ada untuk anda..!! Jauhilah Seks bebas kerana punca segala penyakit datangnya dari seks bebas ( Pesanan Penaja di Zoomartis ) <-- Sekadar renungan bersama..


MESKIPUN berterusan mengugut untuk bercerai dengan suaminya Jesse James, aktres Sandra Bullock khabarnya berasa gembira apabila mendengar suaminya itu mahu masuk ke Pusat Pemulihan seks.
"Saya katakan kepadanya bahawa saya pergi untuk mendapatkan pertolongan dan dia balas, dia bangga dengan saya," ujar Jesse dalam program secara langsung TV Nightline semalam.

Sebelum ini, Jesse menjalani terapi di Sierra Tucson Treatment Center, Arizona. Dia mengaku kemaruk seks sehingga berani curang terhadap Sandra dengan beberapa perempuan sekaligus.
Selepas mendengar keinginan Sandra untuk bercerai, Jesse mengungkapkan semua fakta kepada sang isteri tercinta. Jesse sedar bahawa Sandra terluka. Namun dia tidak mahu lagi membohongi bintang filem The Blind Side itu.

Kini Jesse sudah boleh menerima keputusan Sandra dan pasrah untuk bercerai. Dia juga menjual rumah yang biasa dia tinggal bersama-sama Sandra dan memulakan hidup baru. Sementara isterinya sibuk mengurus anak angkatnya, Louis Bardo Bullock.

"Apabila melihatnya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu ia seperti melihat sesuatu yang paling luar biasa. Dia seperti ikan pada air. Bila dia meletakkan bayi itu di tangannya, semua akan berjalan secara automatik dan luar biasa," tutur Jesse.

Keinginan Sandra untuk mengambil seorang anak angkat sudah lama difikirkan. Bagaimanapun Jesse berasa sedih kerana Sandra tetap meneruskan proses mengambil anak angkat itu tanpanya di sisi.-Mstar