Jun 22, 2009

(Celebrity News ) Dayang rock di Hard Rock Cafe !!



Dayang Nurfaizah acap kali mengadakan persembahan istimewa di kelab. Mungkin gayanya dan konsep muziknya yang urban menjadikan muzik Dayang sesuai dengan persembahan di kelab.

Dayang akan mengadakan persembahan yang dinamakan Rock With Dayang di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 19 Julai ini bermula pukul 11.00 malam.

Nampaknya hanya peminat dewasa yang matang sahaja yang boleh menonton persembahan Dayang kerana ada had umur dikenakan.

Peminat yang berusia 21 tahun ke atas sahaja yang boleh menonton persembahan itu. Maklumlah persembahan di kelab.

Anda berminat? Kalau ada yang nak membuat tempahan boleh hubungi talian 03-2715 5555. Bayaran RM40 dikenakan termasuk segelas minuman ringan.