Jun 09, 2009
(celebrities News ) Erra tak mahu anak terlalu exposed
Sekarang peminat Erra Fazira boleh menonton perubahan hidup Erra selepas bergelar ibu dalam program Gugu Gaga Erra di Astro Ria.
Ia sebuah program realiti yang memaparkan bagaimana Erra menguruskan anak dan dalam masa yang sama menguruskan aktiviti seni hariannya. Selama dua minggu krew program itu mengikut ke mana Era pergi malah turut berkampung di rumahnya.
Ada yang beranggapan ia sebagai step awal mendedahkan anak sulungnya Engku Aleesya Engku Emran kepada dunia seni. Adakah Erra bersedia menjadikan anaknya bintang kecil?
"Ini bukanlah tanda saya mahu membawa Aleesya ke dunia seni. Saya menerima tawaran untuk muncul dalam program itu sebagai hadiah kepada peminat yang mahu tahu bagaimanakah kehidupan saya setelah menjadi ibu," kata Erra
Sebelum ini penerbit drama Mertua VS Menantu menawarkan anak Erra sendiri berlakon sebagai anaknya dalam musim baru yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Alasan penerbit, David Teo, Erra boleh menjaga anaknya sendiri semasa di lokasi.
Sebelum ini penerbit drama Mertua VS Menantu menawarkan anak Erra sendiri berlakon sebagai anaknya dalam musim baru yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Alasan penerbit, David Teo, Erra boleh menjaga anaknya sendiri semasa di lokasi.
"Tidak... Aleesya tak akan berlakon dalam drama itu, untuk watak bayi kita boleh ambil budak mana-mana pun.Semasa penggambaran Gugu Gaga Erra saya timbul rasa kasihan melihat Aleesya yang sangat kecil untuk di bawa ke set," jelas Erra.
Sebagai ibu bapa Erra dan suami mahukan anaknya membesar sebagaimana kanak-kanak lain yang jauh daripada dunia yang dilaluinya.
Erra mahu anaknya menjadi seorang yang boleh dibanggakan dalam pelajaran apabila membesar nanti.
Semasa wartawan ditanyakan soalan pasal membawa anak berlakon kepada Erra, Aleesya yang diam tiba-tiba bersuara kuat macam budak-budak tidak menyukainya.
"Kan dia dah bersuara tu," kata Erra berseloroh.