Memaparkan catatan dengan label Hunny Madu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hunny Madu. Papar semua catatan

April 09, 2010

Luahan Hunny Madu si DJ Fly FM mengenai suaminya


TANGGAL 1 April sebelum ini terbiasa dirai sebagai hari ulang tahun kelahirannya. Namun, tahun ini bermula dari tarikh tersebut, deejay stesen radio Fly FM, Hunny Madu, 26, kini bergelar seorang isteri.

Dengan sekali nafas akad nikah pada pukul 11.30 pagi berlokasi kediaman keluarga Hunny di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, secara rasmi, Hunny atau nama penuhnya, Hani Farhana Mohd. Hatim bergelar permaisuri hidup Khairul Azhar Abd. Wahid yang sembilan tahun lebih tua daripadanya.
Hunny menerima mas kahwin RM104 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 daripada mempelai lelaki dengan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

"Saya menyatakan persetujuan hendak mendirikan rumah tangga dengan Khairul disebabkan terlalu menyayangi dia.

"Hubungan kami yang terjalin selama empat tahun termasuk dua tahun bercinta akhirnya bertemu pengakhiran di jenjang pelamin. Saya harap perkahwinan ini berkekalan untuk selamanya.
"Lagipun saya anggap sudah tiba waktu saya berkahwin sekali gus menjalani fasa baru. Saya sengaja pilih hari pernikahan sama dengan hari jadi dengan harapan suami bagi dua hadiah serentak," kata Hunny sambil tertawa mengekeh ketika ditemui selepas resepsi persandingannya di Dewan Komuniti, Bukit Damansara, Kuala Lumpur minggu lalu.

Hunny yang anggun dalam persalinan rona hijau muda hasil sentuhan Nurita Harith bagaimanapun tidak menganggap umur yang jauh berbeza menjadi penghalang kepada mereka.
"Meskipun usia kami jauh berbeza, saya dan Khairul tidak anggap ia sebagai masalah. Faktor umur sembilan tahun kami sebenarnya berada pada titik pertengahan. Selain itu, Khairul seorang individu yang baik hati, matang, moden dan berfikiran terbuka.

"Begitupun, dia tetap ada nilai lelaki Melayu yang saya suka. Paling menarik, Khairul ada persamaan dengan bapa saya (Mohd. Hatim Abdullah). Inilah yang membuatkan saya lebih jatuh cinta dengan suami," jawabnya sambil mengerling manja ke arah Khairul yang duduk di sisinya.

Menyedari si isteri merupakan sosok dikenali ramai, Khairul dengan lapang dada memberi keizinan kepada Hunny meneruskan kerjaya seni seperti biasa biarpun selepas disatukan.
Itu janji Khairul yang bersikap terbuka dengan wanita dicintai sepenuh jiwanya. Hunny bebas meneruskan komitmen sebagai penyampai, pengacara, pelakon, penyanyi dan penulis lirik tanpa ada sedikitpun halangan.

"Hani boleh teruskan karier seninya. Ini memang jadi cita-cita dia sejak dulu. Sebagai suami, saya sentiasa menyokong dari belakang. Asalkan dia ikhlas dan pandai jaga diri semasa bekerja, ia sudah memadai kepada saya.

Hunny yang mengendalikan segmen Fly FM's Must Have Music bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang lima hari seminggu sempat berbicara rencananya selepas ini. Tidak dapat mengelak, soalan tentang cahaya mata pasti dilontar kepada pasangan pengantin baru itu.

"Saya tidak kisah jika dikurniakan rezeki anak dan menjadi ibu selepas ini. Tidak mahu merancang keluarga, saya sekadar berserah. Kalau dapat anak dalam waktu terdekat, kami terima saja dengan hati gembira," ungkapnya yang menghabiskan cuti berbulan madu bermula minggu ini di Mauritius selama lapan hari.

Jun 25, 2009

(Gambar) Hunny Madu Dengan Tunangnya !!


Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana Hatim merupakan DJ Fly FM. Pada usia 25 tahun, akhirnya dia telah bertunang pada 13 Jun 2009 dengan jejaka pilihan hatinya bernama Khairul Azhar Abdul Wahid berusia 34 tahun. Perkenalan singkat selama 10 bulan bakal menyaksikan pasangan ini berkahwin pada tahun hadapan. Gambar besar menyusul.

Info: MediaMalaya

Jun 21, 2009

(Celebrity News ) Hunny Madu Gadis Baru Yang Top ?



HUNNY MADU atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim, 25, sedang membina nama dalam pelbagai cabang hiburan. Bermula dengan menyertai program Blast Off dan menjadi penyanyi untuk kumpulan Admonition, dia kemudian bertukar profesion sebagai deejay radio.

Selepas menunjukkan bakat di stesen Hitz FM pada Ogos 2007, dia menjadi deejay Xfresh FM pula selama dua bulan. Kini dia selesa di Fly FM sejak Julai tahun lalu.

Baru dua tahun menjadi deejay, Hunny Madu sudah tersenarai sebagai calon akhir Anugerah Shout menerusi kategori Penyampai Radio Paling Cool dan Program Radio Terbaik.

Makin lama makin power Hunny Madu ni,Teruskan Usaha Anda..Anda Mampu Lakukan,
Do The Best ...

Mei 09, 2009

(Video) Hunny Madu Terbuka Baju nya di Anugerah Industri Muzik



Video ini di’rakam secara tidak sengaja sewaktu Hunny Madu mengumum’kan kemenangan anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) baru-baru ini. Mungkin terlalu gembira, Hunny Madu telah mendepang’kan tangan’nya menyebab’kan butang baju’nya terbuka, nasib baik beliau perasan & cepat-cepat cover daripada kamera. Saksi’kan sendiri rakaman…

April 12, 2009

Sexy Hunny Madu Flyfm

Im not sure she HunnY madu But I Find This Pic At Skycrewz blog...
Huh Sexy Girls :P