Memaparkan catatan dengan label Dian Sastrorardoyo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dian Sastrorardoyo. Papar semua catatan

Julai 20, 2011

Gambar anak Dian Sastrowardoyo


Wajah ceria dan gembira Dian Sastrowardoyo di Hospital setelah melahirkan anak lelaki beliau pada hari ahad minggu lepas. Menurut info dari seberang Dian dan suami memberi nama anak mereka Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo yang dilahirkan secara normal.

Panjangnya anak Dian dan Maulana Indraguna ni, apa-apa pun semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh.

Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan : 

  
"Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan oleh Allah SWT dan sangat bahagia atas kelahiran putera pertama kami.
"Alhamdulillah selama saya mengandung dan proses bersalin semuanya berjalan dengan lancar," tulisnya.
Tambah isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini, kehadiran cahaya mata tersebut memberi semangat kepada dia dan suaminya, malah mereka berjanji akan mengutamakan keluarga biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Mei 27, 2010

Artis Indonesia - Kos perkahwinan Dian Sastrowardoyo RM4 juta !!

Huh....Banyaknya duit Orang dari seberang ni, Majlis perkahwinan sudah menjangkau RM4 Juta, baca je la berita mengenai artis dari seberang ni di akhbar online utusan hari ini.Mungkin majlis ini adalah majlis perkahwinan yang termahal..kalau derma dekat anak-anak yatim atau yang berkenaan kan bagus...Inilah lumrah orang-orang yang berduit...!!!! Apa kata anda ???



BAGAIKAN perkahwinan diraja. Itulah yang dapat disimpulkan mengenai acara pernikahan pasangan Dian Sastrowardoyo dengan suaminya, Maulana Indraguna Sutowo baru-baru ini.
Berdasarkan apa yang dilaporkan oleh media Indonesia, acara perkahwinan pasangan itu berlangsung dalam suasana serba mewah dan gemilang.
Difahamkan kos perkahwinan mencecah RM4 juta termasuk acara resepsi pernikahan yang diadakan di Pienary Hall Jakarta Convention Centre di Senayan, Jakarta.
Berikut kami siarkan foto-foto sekitar perkahwinan pasangan berkenaan yang dirakamkan pada majlis peminangan, akad nikah, khatam al-Quran dan persandingan.- Utusan Online

Disember 03, 2009

(Artis Indonesia)Dian Mandi Berendam Untuk Dapat Inspirasi



Dian Sastrowardoyo mempunyai cara tersendiri untuk memanjakan diri. Dan cara itu juga, menurut Dian, mampu membuatnya mendapat inspirasi.

"Saya suka mandi berendam, tambah lagi kalau airnya panas. Saya suka berendam dalam sabun dan banyak buihnya. Dari situ akan dapat banyak inspirasi, seperti juga melukis,"
kata aktres yang mencipta nama dengan filem Ada Apa dengan Cinta? dan Pasir Berbisik ini.



Baca Selanjutnya

"Saya orang sibuk. Jadi, bila saya mandi, saya betul-betul menggunakan masa itu untuk mandi," kata Dian yang selalu mandi selama 15-20 minit ini. Saya juga banyak aktiviti. Masa mandi itulah digunakan untuk membuat rawatan dan itulah yang saya lakukan hari-hari," jelasnya.

Meskipun di hari hujan, Dian tetap amalkan bermandi manda.

"Kalau hujan pun, saya tetap akan mandi. Biarpun sejuk, saya tetap mandi," jelas Dian.

Zoom : Petua Baru...Kalau berkenan cubalah...!!!!