Julai 20, 2011

Gambar anak Dian Sastrowardoyo


Wajah ceria dan gembira Dian Sastrowardoyo di Hospital setelah melahirkan anak lelaki beliau pada hari ahad minggu lepas. Menurut info dari seberang Dian dan suami memberi nama anak mereka Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo yang dilahirkan secara normal.

Panjangnya anak Dian dan Maulana Indraguna ni, apa-apa pun semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh.

Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan : 

  
"Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan oleh Allah SWT dan sangat bahagia atas kelahiran putera pertama kami.
"Alhamdulillah selama saya mengandung dan proses bersalin semuanya berjalan dengan lancar," tulisnya.
Tambah isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini, kehadiran cahaya mata tersebut memberi semangat kepada dia dan suaminya, malah mereka berjanji akan mengutamakan keluarga biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Kami akan sentiasa menjadikan keluarga sebagai keutamaan biarpun kami sibuk dengan kerjaya kami, kami berjanji untuk menjadi orang tua yang baik untuk anak kami.
"Buat masa ini saya masih berehat dan pemulihan, maka tiada sesi bertemu media," tambahnya
.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!