07/12/2010 10:24pm
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Malaysia berjaya menempah tempat ke saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF selepas mencatat kemenangan 5-1 ke atas Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.
Laluan dipermudahkan lagi dengan pertemuan Indonesia dan Thailand berakhir dengan kemenangan 2-1
memihak kepada pasukan tuan rumah untuk membolehkan Malaysia menduduki tempat kedua Kumpulan A di belakang tuan rumah, Indonesia. - Utusan